resepi kangkung goreng belacan

Jom cuba resepi kangkung goreng belacan ini. Masakan ini merupakan salah satu menu yang sering dipesan setiap kali ke kedai Thailand. 

Rupanya kalau nak masak sendiri punyalah senang. Modal hanya perlu beli sayur kangkung, bahan-bahan lain pula biasanya sudah ada di rumah.

Kalau ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Azlizah Izzah di bawah. 

Baca juga: Cara Masak Sayur Pedas Petola, Tinggal Rebus Je Semua Bahan Tanpa Guna Minyak!

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan-bahan:

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Belacan*
  • Cili hidup merah*
  • Sos tiram (optional)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Udang/sotong (optional)
  • Kankung/kailan/pucuk paku
  • Minyak masak

Cara memasak:

1. Kisar kasar atau tumbuk semua bahan yang bertanda (*).

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi sehingga hampir garing (tapi jangan terlalu garing).

3. Masukkan udang atau sotong mengikut cita rasa anda. Gaul sebati sehingga udang masak.

4. Seterusnya, masukkan sedikit sos tiram jika tak mahu guna garam atau serbuk perasa. Jika tiada sos tiram, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

5. Kemudian, masukkan kangkung atau apa-apa sayur yang disukai seperti kailan dan pucuk paku. Gaul sebati sehingga masak.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi kangkung goreng belacan

Kredit resipi dan gambar: Azlizah Izzah

Baca juga: Resipi Sup Bayam Mudah, Anak Yang Tak Suka Sayur ‘Confirm’ Akan Makan Licin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN