Kalau korang seorang yang suka mengunyah dan wajib ada snek pada bila-bila masa sahaja, korang boleh cuba kepada snek yang lebih sihat iaitu kacang kuda pedas. Rasa dia pedas dan manis sesuai untuk seisi keluarga korang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di Facebook.
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
30 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
KACANG KUDA PEDAS
Kalau korang seorang yang suka mengunyah dan wajib ada snek pada bila-bila masa sahaja, korang boleh cuba kepada snek yang lebih sihat iaitu kacang kuda pedas. Rasa dia pedas dan manis sesuai untuk seisi keluarga korang. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraini Mat Arshad di Facebook.
BAHAN-BAHAN
Bawang merah – dimayang
Bawang putih – dimayang
Daun kari
Biji sawi
Ikan bilis
Cili mesin
Gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Kacang kuda (rendam semalaman dan rebus hingga empuk)
Kredit : Zuraini Mat Arshad
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumis bawang merah, ikan bilis dan bawang putih bersama daun kari dan biji sawi.
Masukkan cili mesin dan gula. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan kacang kuda. Tabur garam dan suaikan rasa. Gaul sebati dan siap.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.