pesto

Buat penggemar makanan western, apa kata cuba resipi ini, spaghetti dengan sos pesto atau juga dikenali sebagai Pesto Pasta.

Pesto dianggap sebagai salah satu sos tertua di dunia dan merupakan sebahagian daripada masakan Itali.

Asasnya adalah basil wangi hijau dan minyak zaitun serta bawang putih dan pine nut yang memberikan rasa unik.

Baca juga: Resipi Creamy Tomyam Spaghetti, Sangat Lazat & Memang Lain Dari Lain

Rupanya mudah jer nak buat. Rasanya memang lain dan rasa fresh! Ikuti perkongsian ini lelaki ini.

Resipi Pasta Sos Pesto

bahan-bahan buat pesto

Bahan-bahan:

2 cawan daun basil segar
1/3 cawan pine nuts (saya guna pistachio)
1/3 cawan keju parmesan parut segar
3 ulas bawang putih (tiada dalam gambar)
1/3 cawan minyak zaitun
1 sudu teh jus lemon segar
1/2 sudu teh garam
Sedikit lada hitam

Cara-cara penyediaannya:

1. Kisar semua bahan jangan terlalu halus. Boleh simpan dalam peti ais. Letakkan sedikit minyak zaitun. Campuran ini dipanggil Pesto.

sos pesto

2. Tumis bawang putih dan ayam dengan minyak zaitun. Boleh tambah garam masa ni jugak.

3. Masukkan spaghetti yang telah direbus. Kemudian masukkan pesto.

4. Gaulkan dan letak tomato jika suka. Kalau nak lebih creamy boleh tambah air rebusan spaghetti sedikit.

5. Siap! Boleh makan dengan Kambing bakar macam ni. Saya beli yang jenis frozen sebab mudah.

6. Boleh juga taburkan parmesan sebagai hiasan.

Selamat mencuba!


Sumber: Arif Eddy 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN