Ikan selayang rebus goreng adalah lauk kampung yang ringkas tetapi sangat enak dan pasti membuka selera. Goreng sampai garing dan nikmati dengan nasi putih panas. Cicah pula dengan budu, sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi sedap!
Bau yang harum semasa menggoreng benar-benar menggugat iman! Isi ikan yang pejal, rasa manis, masam dan masin yang seimbang, dijamin tak akan jemu makan. Tunggu apa lagi, jom cuba resipi di bawah!
Baca juga: Ikan Bawal Putih Masak Sos, Resipi Semudah ABC Ini Pasti Ramai Suka!
RESEPI IKAN SELAYANG REBUS GORENG
Bahan-bahan rebus:
- 15-20 ekor ikan selayang
- 2 ketul nise kerek
- 6 batang serai
- 1/2 sudu garam
- 6 ulas bawang putih
- Segenggam asam keping
- 15 helai limau purut
- Air (secukupnya)
Bahan-bahan menggoreng:
- Bawang besar (secukupnya)
- Asam limau (secukupnya)
Cara-cara:
1. Sediakan 15-20 ekor ikan selayang. Masukkan 2 ketul nise kerek, 6 batang serai, 1/2 sudu garam, 6 ulas bawang putih, segenggam asam keping dan 15 helai limau purut ke dalam periuk.
2. Masukkan ikan ke dalam periuk. Boleh tambah cili jika suka. Tambahkan air hingga paras yang sama dengan ketinggian ikan.
3. Rebus bahan-bahan selama setengah jam dengan api kecil. Rasa kuah jika terlalu masin atau manis, tambahkan air panas. Ikan rebus akan menjadi lebih sedap jika disimpan dalam peti sejuk untuk jangka waktu yang lebih lama.
4. Untuk menggoreng, keluarkan ikan dari peti sejuk dan panaskan. Untuk rasa yang lebih sedap, goreng ikan hingga garing dengan menggunakan api perlahan. Pastikan tudung periuk ditutup semasa menggoreng untuk mengelakkan percikan minyak.
5. Goreng juga bawang besar bersama ikan dan setelah masak, perah asam limau ke atasnya. Selamat mencuba!
Sumber: Senok Perut
Baca juga: Resipi Ikan Bilis Masak Kicap, Menu Jimat Tapi Bukan Main Sedap!