resepi ikan masak asam

Resepi ikan masak asam ini merupakan salah satu menu popular semasa di bulan Ramadan.

Menu ini sangat membangkitkan selera, tambah lagi jika dimakan sewaktu bersahur. Sesuai juga dimasak untuk berbuka puasa.

Jika suka pedas, lebihkan cili padi dan anda juga boleh memilih untuk tidak meletakkan cili jika tak suka pedas.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Thai, Nak Lagi Padu, Kuah Kena Pedas!

RESEPI IKAN MASAK ASAM

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Cuci bersih ikan. Salutkan ikan kembung dengan serbuk kunyit dan garam, lumur rata dan goreng sehingga masak. Ketepikan sementara kita buat air asamnya pula.

2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dihiris sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan air secukupnya.

resepi ikan masak asam

4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.

5. Taburkan bawang merah yang sudah dipotong bulat.

6. Masukkan ikan yang sudah digoreng tadi.

resepi ikan masak asam

7. Akhir sekali taburkan cili padi dan cili merah besar yang sudah dihiris.

resepi ikan masak asam

8. Biarkan menggelegak seketika dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi ikan masak asam

Kredit resipi dan gambar: Ameera

Baca juga: Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN