air rebusan epal hijau

Jom amalkan air rebusan epal hijau dan serai ini setiap pagi untuk membantu mengempiskan perut yang buncit.

Bila berat badan semakin bertambah, secara automatik perut juga akan membuncit dan banyak penyakit lain yang datang seperti sakit lutut, sakit tumit, sakit urat dan banyak lagi.

Ikut cara-cara di bawah untuk membuat air rebusan tersebut.

Cara Membuat Air Rebusan Epal Hijau & Serai

Bahan-bahan:

  • 3 biji epal hijau (potong 6)
  • 5 batang serai (diketuk)
  • 1.5 liter air

Cara-cara:

1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan juga epal hijau dan serai.

2. Masak sehingga epal lembut dan tutup api.

3. Lenyekkan epal yang telah direbus.

4. Tapis air tersebut kemudian boleh diminum semasa suam. Sesuai diminum pada waktu pagi semasa perut kosong.

Antara khasiatnya:

  • Membuang angin dalam badan
  • Mengempiskan perut
  • Menurunkan berat badan
  • Menghilangkan sakit urat /sakit badan
  • Sesuai untuk orang sakit lutut
  • Menghilangkan sakit tumit
  • Meringankan tubuh badan

Kredit: Ani Zam

Baca juga: Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela