
Kalau tak tahu nak masak apa untuk makan tengah hari, jom cuba resepi ikan jenahak masak asam yang mudah dan menyelerakan ini.
Hidangan ini sesuai untuk mereka yang kadang-kadang kurang selera makan kerana demam atau pun tak sihat badan. Dijamin makan dengan berselera!
Anda juga boleh tambahkan sayur seperti kacang buncis untuk menjadikan hidangan lebih sihat dan lengkap. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Ikan Kerapu Goreng Halia & Bawang Putih Rangup, Bertambah Wangi Bila Disiram Sos Kicap!
RESEPI IKAN JENAHAK MASAK CUKA

Bahan-bahan:
- 2-3 sudu cili kisar
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- Setengah inci halia
- Cili besar merah/hijau
- 2 sudu sos tiram
- 2-3 sudu cuka makan (kuantiti mengikut tahap masam yang disukai)
- Garam secukupnya rasa
- Setengah sudu gula
- Setengah cawan air
- Sayur buncis
Cara memasak:
- Panaskan minyak, kemudian goreng ikan yang telah dilumur kunyit dan garam hingga garing. Ketepikan.
- Dalam kuali yang sama, tumis bahan-bahan yang dikisar atau dihiris hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, cuka, garam, gula dan air. Kacau rata.
- Masukkan ikan goreng, biarkan meresap sekejap.
- Akhir sekali, masukkan sayur buncis. Masak sekejap sehingga sayur lembut tetapi masih rangup.
- Angkat dan hidangkan panas.
Sumber: Siti Rohana Abdul Jalil
Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














