resepi ikan cencaru

Resepi ikan cencaru sumbat sambal yang dikongsikan oleh Sinar Syafiq ini cukup mudah tapi sedap. Menurutnya, ikan cencaru belah belakang ini sering menjadi hidangan utama setiap kali kenduri di rumah keluarganya.

Menu ini memang jadi kegemaran seluruh keluarga. Biasanya, ikan cencaru ini akan disediakan dalam kuantiti yang banyak, sekitar 80 hingga 100 ekor kerana ia sering habis dengan cepat.

Apa yang lagi menarik, resipi ini merupakan resipi turun-temurun dari arwah neneknya. Dia juga masih menggunakan resipi yang sama sehingga ke hari ini untuk berniaga.

Baca juga: Cara Siat ‘Jaket’ Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan cencaru sederhana besar (jangan terlalu besar)
  • Garam dan kunyit (untuk mengaul ikan)

Bahan-bahan untuk sambal:

  • 1 segenggam cili kering (rebus dahulu)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci belacan
  • 2 biji bawang besar (untuk hirisan tambahan)
  • 2 sudu gula (sebagai perasa, boleh ditambah jika sambal terlalu pedas)
  • Garam secukup rasa
  • Asam jawa secukup rasa (masukkan sekali biji)

Cara memasak:

  1. Siang ikan cencaru dan belah kiri dan kanan di bahagian belakang.
  2. Gaul ikan dengan garam dan kunyit.
  3. Kisar bahan-bahan untuk sambal (cili kering, bawang besar, bawang putih, serai, belacan) dengan sedikit air hingga halus.
  4. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas.
  5. Hiriskan 2 biji bawang besar dan tambahkan ke dalam bekas. Gaul rata.
  6. Tambah 2 sudu gula jika sambal terlalu pedas. Sesuaikan garam dan asam jawa, masukkan bijinya sekali.
  7. Ambil ikan dan sumbat sambal ke kiri dan kanan ikan yang telah dibelah.
  8. Goreng ikan dalam minyak panas hingga masak dan garing seperti dalam gambar.
  9. Akhir sekali, masukkan lebihan sambal ke dalam minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan.
  10. Tutup api dan tuangkan minyak tersebut di atas ikan yang telah digoreng.
  11. Hidangkan ikan cencaru belah belakang yang telah siap dimasak. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Sinar Syafiq

Baca juga: Petua Goreng Ikan Cencaru Sumbat Supaya Isi Tak Keluar, Minyak Pun Tak Kotor!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN