
Resepi English Muffin ini memang sesuai untuk anda yang suka menyediakan sarapan ala kafe di rumah. Teksturnya lembut dan gebu di bahagian dalam, manakala bahagian luar pula sedikit rangup dengan taburan cornmeal yang memberikan rasa dan aroma tersendiri.
Ramai sangka english muffin perlu dibakar menggunakan ketuhar, tetapi sebenarnya ia dimasak di atas kuali sahaja. Sebab itulah resipi ini sangat mesra untuk dicuba walaupun di rumah tanpa peralatan yang lengkap.
Paling sedap apabila dibelah menggunakan garpu, kemudian dibakar semula bersama sedikit mentega sebelum diisi dengan telur, keju, ayam, sosej atau sekadar disapu jem kegemaran. Memang sesuai dijadikan menu sarapan atau bekal yang mengenyangkan.
Baca juga: Cara Buat Dumpling Ayam Homemade, Letak Inti Penuh-Penuh Memang Puas Makan!
RESEPI ENGLISH MUFFIN

Bahan-bahan:
- 300 gram tepung roti
- 5 gram gula
- 5 gram yis segera (instant yeast)
- 1 biji telur
- 150 ml susu segar
- 15 gram butter masin (Jika menggunakan butter tanpa garam, tambah 5 gram garam)
Bahan-bahan lain:
- Cornmeal secukupnya
- Sedikit minyak zaitun (untuk memasak)
- Telur
- Sekeping keju
- Butter untuk membakar semula muffin
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung roti, gula dan yis segera ke dalam mangkuk pengadun. Gaul menggunakan mixer sehingga sebati.
- Masukkan telur dan susu segar, kemudian uli sehingga menjadi doh yang licin.
- Masukkan butter dan teruskan menguli sehingga butter sebati sepenuhnya dan doh menjadi lembut serta elastik.
- Tutup doh dan biarkan ia mengembang selama 1 jam atau sehingga saiznya berganda.
- Selepas mengembang, keluarkan doh ke atas permukaan yang ditabur sedikit tepung.
- Uli semula selama kira-kira 2 hingga 3 minit.
- Bahagikan doh kepada 6 bahagian yang sama.
- Bentukkan setiap doh menjadi bulat dan kemas.
- Tutup dengan kain bersih dan rehatkan selama 15 minit.
- Taburkan cornmeal di atas permukaan kerja.
- Letakkan sebiji doh di atas cornmeal, kemudian tekan perlahan menggunakan tapak tangan. Taburkan sedikit lagi cornmeal di bahagian atas doh dan tekan perlahan sekali lagi.
- Ulang langkah yang sama sehingga semua doh selesai dibentuk.
- Tutup semula doh dengan kain bersih dan biarkan mengembang buat kali terakhir selama 35 minit.
- Panaskan kuali leper dengan api kecil dan sapukan sedikit minyak zaitun.
- Masukkan 1 hingga 2 keping doh ke dalam kuali. Masak selama 3 hingga 5 minit sehingga bahagian bawah keperangan.
- Terbalikkan doh dan masak lagi 3 hingga 5 minit. Tekan perlahan beberapa kali supaya masak sekata.
- Angkat dan biarkan semua mufin sejuk sepenuhnya.
Cara menikmati english muffin:
- Cucuk sekeliling sisi mufin menggunakan garpu sehingga mudah dibelah kepada dua bahagian.
- Sapukan sedikit butter pada permukaan kuali.
- Bakar kedua-dua bahagian mufin yang telah dibelah sehingga keemasan.
- Masak telur menggunakan acuan bulat.
- Letakkan telur dan sekeping keju di tengah mufin.
- Tutup dengan bahagian atas muffin dan sedia untuk dinikmati.
English muffin ini bukan sahaja sedap dimakan bersama telur dan keju, malah boleh dipelbagaikan dengan inti seperti ayam panggang, tuna, daging burger, sosej atau sapuan jem dan mentega. Sekali cuba, pasti anda akan ulang buat lagi kerana rasanya setanding yang dijual di kafe.
Sumber: Safi E Cha
Baca juga: Resipi Donut Ball Tanpa Yis & Tak Uli, Guna 2 Bahan Dah Boleh Dapat Kudapan Gebu & Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














