serbuk perasa cendawan

Serbuk perasa cendawan homemade boleh menjadi pilihan lebih mudah untuk menambah rasa umami dalam masakan. Tak perlu lagi bergantung sepenuhnya pada perasa segera di pasaran, kerana anda boleh hasilkan sendiri menggunakan bahan yang ringkas sahaja di rumah.

Selain lebih jimat, serbuk perasa cendawan buatan sendiri ini juga sangat mudah disediakan. Hanya menggunakan tiga bahan utama iaitu cendawan kering, garam dan gula, anda sudah boleh menghasilkan serbuk perasa yang wangi dan sedap untuk pelbagai jenis hidangan.

Serbuk ini boleh digunakan dalam masakan seperti sup, nasi goreng, mi, tumisan sayur atau apa sahaja menu kegemaran keluarga. Simpan sahaja dalam bekas kedap udara dan gunakan bila diperlukan untuk menaikkan lagi rasa masakan.

Baca juga: Cara Buat Garam Masala Homemade, Bau Wangi & Rasa Rempah Lagi ‘Fresh’ Berbanding Beli Siap

RESIPI SERBUK PERASA CENDAWAN HOMEMADE

serbuk perasa cendawan

Bahan-bahan:

  • 100 gram cendawan kering
  • 50 gram garam
  • 50 gram gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh cendawan kering sehingga bersih untuk membuang sebarang kotoran. Kemudian lap cendawan menggunakan kain bersih atau tisu dapur.
  2. Susun cendawan di dalam oven atau air fryer. Bakar pada suhu 100°C selama kira-kira 20 minit sehingga cendawan menjadi lebih kering. Selepas itu, sejukkan terlebih dahulu.
  3. Masukkan cendawan yang telah disejukkan bersama garam dan gula ke dalam pengisar.
  4. Kisar semua bahan sehingga menjadi serbuk halus dan sebati.
  5. Setelah siap, masukkan serbuk perasa ke dalam botol atau bekas kedap udara.
  6. Simpan di tempat yang kering dan gunakan mengikut keperluan. Serbuk ini boleh bertahan sehingga sebulan jika disimpan dengan baik.

Mudah sahaja kan? Dengan hanya tiga bahan, anda dah boleh buat stok serbuk perasa cendawan homemade sendiri di rumah. Sesuai dijadikan penyedap untuk pelbagai masakan tanpa perlu keluar membeli. Selamat mencuba!

Sumber: Norashikin Ismail

Baca juga: Jom Buat Air Soya Homemade, Ada Petua Tak Bau Kacang & Tahan Lama Dalam Peti Ais

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN