
Cara buat dumpling ayam sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan kulit dumpling segera dan inti ayam yang ringkas, anda sudah boleh menghasilkan dumpling homemade yang sedap, berjus dan penuh dengan inti. Malah, sesuai dijadikan kudapan, sarapan atau hidangan ringan seisi keluarga.
Lebih menarik, dumpling ini juga sangat sesuai dibuat dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan sebagai stok frozen. Bila rasa lapar atau tiada idea nak masak, cuma keluarkan dari peti sejuk dan terus rebus, kukus, goreng atau masak dalam sup. Memang cepat dan menjimatkan masa.
Kalau anda jenis suka dumpling yang berinti penuh dan puas bila digigit, resipi ini memang wajib dicuba. Bahannya mudah didapati, cara penyediaannya pun ringkas. Sesuai juga untuk yang baru pertama kali ingin belajar membuat dumpling di rumah.
Baca juga: Resipi Bakwan Udang Rangup Cicah Sos Pedas Manis, Confirm Jadi Rebutan Di Meja!
CARA BUAT DUMPLING AYAM

Bahan-bahan:
- 1/2 paket ayam cincang
- 1/2 batang lobak merah (diparut)
- 1 pokok kecil daun bawang (dihiris halus)
- 1 sudu teh lada putih
- Garam secukup rasa
- Kulit dumpling secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Satukan ayam cincang, lobak merah parut, daun bawang, lada putih dan garam ke dalam mangkuk.
- Gaul sehingga semua bahan sebati.
- Ambil sekeping kulit dumpling dan letakkan inti secukupnya di bahagian tengah. Jika suka inti yang banyak, boleh lebihkan sedikit mengikut citarasa.
- Sapukan sedikit air pada bahagian tepi kulit dumpling.
- Lipat dan kemaskan bahagian tepi supaya inti tidak terkeluar ketika dimasak.
- Ulang langkah yang sama sehingga semua inti habis digunakan.
- Dumpling boleh terus dimasak atau disimpan dalam bekas kedap udara untuk dijadikan stok frozen.
CARA SIMPAN & MEMASAK DUMPLING
Anda boleh memilih mana-mana cara berikut:
- Rebus selama 5-7 minit sehingga dumpling terapung dan masak.
- Kukus selama 10-12 minit.
- Goreng sehingga keemasan dan rangup.
- Masak dalam sup bersama sayur dan bebola ikan untuk hidangan yang lebih mengenyangkan.
Tips simpan:
- Susun dumpling di atas dulang tanpa bertindih sebelum dibekukan.
- Selepas dumpling keras, pindahkan ke dalam bekas atau plastik zip supaya tidak melekat antara satu sama lain.
- Tidak perlu nyahbeku sebelum dimasak. Terus masukkan ke dalam air mendidih, pengukus atau sup.
Sumber: Abby Aziz
Baca juga: Resepi Butter Tteok Guna Tepung Pulut, Hasilnya Rangup Di Luar Dan Lembut Kenyal Di Dalam
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














