resepi fruit cocktail

Kalau anda tengah mencari idea minuman yang ringkas, sedap dan tak makan masa lama, jom cuba resepi fruit cocktail ini.

Campuran buah-buahan segar dan tin, ais sejuk, jelly dan susu cair akan buat tekak rasa puas dan badan terus rasa segar.

Sesuai untuk diminum waktu petang, makan-makan santai dengan keluarga atau buat juadah berbuka puasa yang ringkas.

Resipi ini juga sangat fleksibal. Anda boleh tambah buah kegemaran masing-masing seperti tembikai, mata kucing dan sebagainya.

Baca juga: Resipi Air Sirap Bandung Soda Laici Untuk Berbuka, Rasa Berkrim Buat Dahaga Hilang Sekelip Mata!

RESEPI FRUIT COCKTAIL

resepi fruit cocktail

Bahan-bahan:

  • 1 tin fruit cocktail
  • 1 tin laici (atau ikut citarasa)
  • Jelly (potong dadu)
  • Cincau (potong dadu)
  • 1 biji buah naga (potong dadu)
  • Anggur (belah dua, buang biji)
  • Air soda
  • Susu cair
  • Ais batu secukupnya

Tip: Boleh tambah buah lain ikut suka untuk jadikan minuman lebih colourful dan menarik.

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan mangkuk besar atau jug.
  2. Masukkan semua buah-buahan, jelly dan cincau ke dalam mangkuk.
  3. Tuang air soda dan susu cair secukupnya ikut citarasa.
  4. Masukkan ais batu untuk kesegaran maksimum.
  5. Gaul rata dan siap untuk dihidang!

Sumber resipi dan gambar: Nazuhaina Azu

Baca juga: Resipi Kurma Susu Special Yang Menyegarkan, Teguk Sekali Terus Rasa Nak Lagi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN