Categories: Resipi

Resepi Doh Serbaguna ‘2 Dalam 1’, Satu Adunan Boleh Buat Donut & Burger Malaysia!

Resepi doh donut ini juga sesuai untuk buat burger Malaysia. Dengan hanya satu bancuhan, anda boleh hasilkan donut kampung yang klasik dan burger Malaysia sekali gus.

Apa yang menarik, resipi ini tak perlu uli doh sehingga “tercabut tangan” atau menggunakan mixer yang canggih, tetapi teksturnya tetap dijamin gebu dan lembut apabila dimakan.

Baca juga: Resipi Kek Butter Oren Yang Lembut Menggoda, Minum Petang Jadi Lebih Istimewa!

RESEPI DOH DONUT KAMPUNG & BURGER MALAYSIA

Bahan-bahan:

  • 5 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit garam
  • 1 paket yis
  • 1 cawan air suam
  • 3 sudu besar gula pasir

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan yis, gula, dan air suam. Biarkan 15-30 minit sehingga berbuih sebagai tanda yis aktif.
  2. Dalam bekas lain, gaul rata tepung gandum, baking powder, garam, dan minyak masak.
  3. Tuang bancuhan yis ke dalam tepung. Uli sekadar sebati sahaja—tak perlu lama-lama sehingga penat.
  4. Tutup bekas dan biarkan doh berehat selama 30 minit atau sehingga saiznya kembang dua kali ganda.
  5. Tumbuk doh untuk buang angin, kemudian bentukkan menjadi donut atau bulat untuk burger Malaysia.
  6. Rehatkan kuih yang dibentuk selama 10-15 minit lagi sebeum digoreng dalam minyak panas sehingga kuning keemasan.

Sumber: Fazz Ahmad

Baca juga: Cara Buat Dubai Chewy Cookie ‘Viral’, Tekstur Kenyal Di Luar & Rangup Di Dalam!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

1 hour ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago