
Resepi doh donut ini juga sesuai untuk buat burger Malaysia. Dengan hanya satu bancuhan, anda boleh hasilkan donut kampung yang klasik dan burger Malaysia sekali gus.
Apa yang menarik, resipi ini tak perlu uli doh sehingga “tercabut tangan” atau menggunakan mixer yang canggih, tetapi teksturnya tetap dijamin gebu dan lembut apabila dimakan.
Baca juga: Resipi Kek Butter Oren Yang Lembut Menggoda, Minum Petang Jadi Lebih Istimewa!
RESEPI DOH DONUT KAMPUNG & BURGER MALAYSIA

Bahan-bahan:
- 5 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil baking powder
- Sedikit garam
- 1 paket yis
- 1 cawan air suam
- 3 sudu besar gula pasir
Cara-cara penyediaan:
- Satukan yis, gula, dan air suam. Biarkan 15-30 minit sehingga berbuih sebagai tanda yis aktif.
- Dalam bekas lain, gaul rata tepung gandum, baking powder, garam, dan minyak masak.
- Tuang bancuhan yis ke dalam tepung. Uli sekadar sebati sahaja—tak perlu lama-lama sehingga penat.
- Tutup bekas dan biarkan doh berehat selama 30 minit atau sehingga saiznya kembang dua kali ganda.
- Tumbuk doh untuk buang angin, kemudian bentukkan menjadi donut atau bulat untuk burger Malaysia.
- Rehatkan kuih yang dibentuk selama 10-15 minit lagi sebeum digoreng dalam minyak panas sehingga kuning keemasan.
Sumber: Fazz Ahmad
Baca juga: Cara Buat Dubai Chewy Cookie ‘Viral’, Tekstur Kenyal Di Luar & Rangup Di Dalam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














