Categories: Resipi

Resipi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai, Lauk ‘Bahaya’ Sebab Boleh Buat Diet Ke Laut!

Bosan dengan ikan goreng biasa? Kalau anda ada stok ikan di dapur, apa kata cuba resepi ikan kembung versi ala Thai ini. Gabungan rasa pedas menyengat, aroma herba yang kuat dan rasa lemak manis ikan goreng pasti buatkan sesiapa sahaja bertambah nasi!

Lauk ini sangat popular di kedai makan Siam, tapi sebenarnya sangat mudah untuk dimasak sendiri di rumah. Jom kita tengok cara penyediaannya yang paling simple tapi rasa sama seperti makan di kedai.

Baca juga: Resipi Singgang Ikan Tongkol Yang Paling Nikmat, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Ini!

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK PEDAS ALA THAI

Bahan utama:

  • 3-4 ekor ikan kembung (digaul garam kunyit dan digoreng garing)
  • 3 batang serai (dihiris nipis atau diketuk)
  • 4-5 helai daun limau purut (dihiris halus)

Bahan kisar kasar:

  • 6 ulas bawang putih
  • 10-15 biji cili padi hijau (ikut tahap kepedasan)
  • 10-15 biji cili padi merah

Bahan perasa:

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit air (untuk kuah)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang telah dikisar kasar (cili dan bawang putih) bersama serai. Tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata sehingga sebati.
  3. Tuangkan sedikit air untuk dijadikan kuah. Sukatannya mengikut cita rasa anda (jangan terlalu banyak supaya kuah tetap pekat). Biarkan kuah mendidih seketika.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Imbangi rasa manis dan masin mengikut selera.
  5. Masukkan hirisan daun limau purut dan ikan kembung yang telah digoreng tadi.
  6. Gaul rata supaya ikan disaluti sambal sepenuhnya. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Lizawati Suradi

Baca juga: Resipi Ikan Sambal Cili Padi, Rasa ‘Menyengat’ Sampai Makan Licin Ke Tulang

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

10 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

11 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago