roti puri resepi

Roti puri resepi tanpa yis ini sangat mudah untuk dicuba di rumah. Hanya dengan 4 bahan mudah, anda tetap boleh menghasilkan roti puri yang rangup di luar, lembut di dalam dan berlemak manis.

Yang menariknya, resipi ini sangat mudah diikuti kerana tak perlukan tunggu lama untuk doh naik. Malah, doh yang digunakan hanya perlu direhatkan sebentar saja sebelum digoreng,

Sesuai dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan kuah kari, sambal atau kuah kegemaran. Setiap kali goreng, ia akan kembang elok, rangup dan aroma lemak manisnya memang menggoda selera.

Baca juga: Resipi Roti Canai Lembut & Tak Liat, Lengkap Dengan Kuah Dal Pekat Yang Dijamin Puas Hati!

CARA BUAT ROTI PURI RESEPI MUDAH TANPA YIS

roti puri resepi

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1/2 cawan air sejuk bertapis
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara memasak:

  1. Gaulkan tepung gandum bersama marjerin sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
  2. Campurkan garam ke dalam air sejuk, kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sambil diuli sehingga doh lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Tutup doh dan rehatkan selama kira-kira 20 minit supaya doh lebih mudah dibentuk.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bentukkan bulat mengikut saiz yang dikehendaki.
  5. Canaikan setiap bebola doh sehingga nipis.
  6. Panaskan minyak dengan api kecil, kemudian goreng doh sehingga menggelembung dan bertukar warna keemasan.
  7. Angkat roti puri dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Daripada satu adunan ini, boleh menghasilkan kira-kira 10 biji roti puri. Roti puri ini sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan kuah kari, sambal atau pencicah kegemaran. Sesuai dijadikan sarapan atau minum petang bersama keluarga.

Sumber: Saidatul Shopahollic

Baca juga: Resipi Roti Sosej Gulung Semudah ABC, Pakai Tepung Ini Saja Tapi Rangup Bukan Main!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN