dubai chewy cookie

Dubai Chewy Cookie atau dikenali sebagai Du-Jjon-Ku di Korea Selatan adalah pencuci mulut yang diinspirasikan daripada coklat tular Dubai. Walaupun namanya “cookie”, teksturnya lebih menyerupai mochi atau kek beras yang sangat kenyal dan elastik.

Lapisan luar diperbuat daripada marshmallow yang dicairkan bersama serbuk koko, memberikan kesan “stretch” atau tarikan yang panjang apabila ditarik. Inti dalamnha pula mengandungi campuran pistachio cream dan kataifi rangup, memberikan kontras antara luaran yang lembut dan dalaman yang keriuk.

Berbeza dengan biskut biasa yang dibakar, Dubai Chewy Cookie ini selalunya tidak dibakar tetapi dibentuk menggunakan marshmallow dan disimpan sejuk. Ia mula menjadi fenomena global selepas tular di Korea Selatan, terutamanya selepas selebriti K-pop berkongsi mengenainya di media sosial.

Baca juga: Japanese Yogurt Cheesecake Viral Paling Bajet Guna 2 Bahan, Simple Tapi Rasa Mewah!

RSEPI DUBAI CHEWY COOKIE

dubai chewy cookie

Bahan inti kunafa pistachio rangup:

  • 100g (2 cawan) doh kunafa (dipotong halus)
  • 1 ½ sudu besar mentega (butter)
  • 50g (3 ½ sudu besar) pistachio paste
  • Pistachio spread

Bahan lapisan coklat marshmallow:

  • 120g (2 cawan) marshmallow putih
  • 2 sudu besar mentega (butter)
  • 1 ½ sudu besar serbuk koko (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung

Bahan salutan:

  • Serbuk koko secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng doh kunafa bersama mentega sehingga warna bertukar keperangan (golden brown).
  2. Biarkan sejuk seketika, kemudian campurkan dengan pistachio paste.
  3. Bentukkan menjadi bebola kecil dan simpan dalam peti ais (freezer) selama 10-15 minit supaya ia keras dan senang dibalut.
  4. Cairkan mentega dalam kuali menggunakan api perlahan.
  5. Masukkan marshmallow dan kacau sehingga cair sepenuhnya.
  6. Masukkan campuran serbuk koko dan susu tepung yang telah diayak. Gaul sehingga adunan menjadi coklat gelap yang licin dan tidak melekat.
  7. Sapukan sedikit minyak pada sarung tangan dan alat pemotong agar adunan marshmallow tidak melekat.
  8. Bahagikan adunan marshmallow kepada 8 bahagian.
  9. Ambil satu bahagian, leperkan dan letakkan bebola kunafa di tengah.
  10. Tarik marshamallow dan balut dengan kemas sehingga menutupi seluruh bebola, kemudian bulatkan.
  11. Golekkan bebola ke dalam serbuk koko sehingga rata.

Sumber: TikTok @qyn_kamil

Baca juga: Resipi Banana Pudding ‘Viral’, Mudah Saja Rupanya Nak Buat Sendiri Dekat Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN