resepi dendeng daging

Siapa kata masak resepi dendeng daging itu susah? Sebenarnya, anda tidak perlu memasak selama 4 atau 5 jam untuk mendapatkan daging yang empuk dan sedap.

Melalui perkongsian Puan Maiza Azlyn, beliau menunjukkan cara memasak daging dendeng dalam masa yang singkat. Sangat mudah!

Jika anda berminat untuk mencubanya, ikuti resipi lengkap di bawah untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.

Baca juga: Cara Masak Daging Lada Hitam Paling Padu, Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

RESEPI DENDENG DAGING

resepi dendeng daging

Bahan-bahan perap daging:

  • 1/2 kg daging – potong besar2
  • Air (secukupnya untuk merebus)
  • Kicap manis (secukupnya)
  • Kicap pekat (secukupnya)

Cara-cara perap daging:

  1. Masak air hingga menggelegak, kemudian masukkan daging.
  2. Rebus daging selama 30 minit.
  3. Keluarkan daging, hiris nipis, dan tumbuk.
  4. Gaulkan daging dengan kicap manis dan kicap pekat, kemudian perap selama 15 minit.
  5. Goreng daging yang telah diperap; jangan garing, goreng sekejap sahaja.
  6. Ketepikan daging. Jangan buang air rebusan daging.

Bahan-bahan kisar:

  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 senduk cili kering yang telah diblend (tambah jika ingin lebih pedas)
  • 3 ulas bawang merah (kecil) *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • 1 inci halia *

Cara-cara buat bahan kisar:

  1. Kisar semua bahan yang bertanda * (bawang merah, bawang putih, bawang besar, dan halia) hingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  3. Tumis kayu manis, bunga lawang, dan campuran bahan kisar hingga wangi.

Bahan-bahan lain:

  • 3 batang serai (dititik)
  • 4 helai daun limau purut (buang urat tengah)
  • Kicap manis (secukupnya)
  • Kicap pekat (secukupnya)
  • 1 asam keping (saiz kecil)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai, kayu manis, dan bunga lawang, kemudian tumis sekejap.
  2. Tambahkan semua bahan tumis/kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.
  4. Tambahkan air rebusan daging (anggar dalam semangkuk untuk merenehkan daging).
  5. Masukkan daun limau purut dan asam keping.
  6. Tambahkan kicap manis dan kicap pekat, sedikit demi sedikit untuk mengelakkan masin.
  7. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
  8. Masukkan bahan goreng (Bahan A) dan masak sehingga daging betul-betul sebati dengan bahan lain. Jika ingin kuah sedikit, jangan masak sehingga terlalu pekat.
  9. Perisakan mengikut cita rasa. Tidak perlu menambah garam kerana masin kicap sudah mencukupi.
  10. Selamat mencuba!

Kredit: Maiza Azlyn

Baca juga: Cara Masak Daging Lada Hitam Paling Padu, Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN