Daging masak lemak cili api merupakan salah satu masakan yang boleh anda cuba. Lagi pedas, lagi sedap! Boleh menambah nasi dibuatnya.
Jika ikut resipi asal daripada Negeri Sembilan, bahan yang dikisar tidak perlu ditumis. Berbeza dengan resipi ini, bahan kisar perlu ditumis terlebih dahulu.
Kalau ada yang nak cuba masak lemak versi tumis ini, jom ikuti resipi perkongsikan oleh Puan Yayar B. Awang Noh di bawah.
Baca juga: Ayam Masak Lemak Cili Api Cara Negeri Sembilan, Tak Payah Letak Bawang
1. Rebuskan daging menggunakan periuk tekanan tinggi selama 8 minit.
2. Kisarkan bawang putih, bawang merah, cili api, halia dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi.
4. Kemudian, masukkan serai, daun limau purut dan asam keping.
5. Setelah itu, masukkan daging serta sedikit air rebusan daging.
6. Masukkan santan kotak. Kacau rata sehingga mendidih.
7. Perasakan pula dengan gula, serbuk perasa Ajinomoto dan garam. Siap, selamat mencuba.
Kredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh
Baca juga: Resipi Keladi Masak Lemak Cili Api ‘Asli’ Negeri Sembilan, Ada Petua Hilangkan Getah Keladi
Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…
Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…
Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…
Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…
Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…
Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…