Categories: Resipi

Resepi Daging Dendeng Simple, Makan Dengan Nasi Panas Pun Dah Terangkat!

Jika anda peminat lauk daging yang ringkas dan mudah dimasak di rumah, resepi Daging Dendeng simple ini memang wajib cuba. Tak perlu tunggu kenduri pun, bila-bila masa teringin, boleh terus masak sendiri di rumah.

Daging Dendeng ini jenis lauk yang apabila kena dengan nasi panas-panas, automatik rasa macam makan dekat kampung. Lebih-lebih lagi, ia mudah dibuat dan boleh siap dalam masa tak sampai sejam.

Wahida Alya telah kongsikan resepi Daging Dendeng simple di Facebook yang mendapat perhatian ramai kerana cara memasaknya sangat ringkas. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Masak Daging Korban Supaya Empuk & Wangi, Confirm Sedap Bila Makan!

RESEPI DAGING DENDENG SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1kg daging
  • 4 hingga 5 batang serai (dikisar)*
  • 4 biji bawang besar(dikisar)*
  • 1 inci halia (dikisar)*
  • 1 inci lengkuas (dikisar)*
  • 3 sudu cili kisar
  • Kicap manis atau masin atau pekat (untuk perap)
  • Garam
  • Gula
  • Gula melaka (pilihan)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong daging ikut kesesuaian, basuh dengan bersih dan toskan.

*Nak rebuskan daging dulu pun boleh

2. Letakkan daging dalam satu bekas, kemudian tuang kicap manis, masin, pekat (kicap manis saja pun boleh).

3. Selepas itu, perapkan dan letak dalam peti sejuk selama 1 jam.

4. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang bertanda (*) dan cili kisar sampai cili itu masak.

5. Seterusnya, masukkan daging yang diperapkan dengan kicap tadi dan sebatikan.

6. Perasakan dengan garam dan gula, kemudian masukkan air.

7. Akhir sekali, tutup kuali dan biarkan smpai daging itu empuk serta kering. Siap untuk dihidang!

Setelah anda buat resepi Daging Dendeng simple ini, anda akan dapat bau wangi rempah, rasa manis-manis pedas dan tekstur daging yang empuk sampaikan makan pun bertambah.

Selamat mencuba!

Sumber: Wahida Alya

Baca juga: Sup Daging Thai Ala Kedai Tomyam, Resipi Kaw & Padu Ini Wajib Cuba Di Rumah!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

7 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

7 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

7 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

8 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

8 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

11 hours ago