
Musim Hari Raya Aidiladha sudah tiba, pasti peti ais mula penuh dengan daging segar. Tapi, cabaran paling besar adalah perlu masak daging korban supaya empuk dan sedap beraroma.
Tak semua bahagian daging sesuai untuk semua jenis masakan. Sebagai contoh, daging batang pinang sesuai untuk masak goreng kunyit atau masak merah, manakala daging bertulang elok untuk buat sup atau gulai.
Kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips yang ringkas untuk membantu anda masak daging korban supaya hasilnya lembut, wangi dan sedap dimakan. Jom kita tengok tipsnya!
Baca juga: Tips Masak Pulut Kuning Tahan Lama & Tak Mudah Basi, Sampai Esok Masih Berkilat!
TIPS MASAK DAGING KORBAN

Kredit gambar: Facebook Engku Myza Engku Hassan
1. Jangan terus dimasak selepas sembelih, sebaliknya biarkan selama 4 hingga 6 jam supaya daging tak keras dan menjadi lembut.
2. Gunakan pelembut semula jadi seperti nanas, daun betik atau air limau untuk melembutkan daging.
3. Rebus bersama rempah untuk menghilangkan bau hamis daging. Boleh rebus bersama halia, daun salam, lengkuas dan serai, buang air rebusan pertama, kemudian teruskan proses memasak.
4. Potong daging dengan cara melintang urat supaya daging tak liat dan senang dikunyah.
5. Pastikan untuk guna pes dan rempah yang sesuai.
6. Masak dengan api perlahan supaya rempah meresap dan teksturnya kekal lembut.

Kredit gambar: Facebook Siti Mariam Zainon
Walaupun masak daging korban agak renyah, tapi ia bakal menjadi momen istimewa bersama keluarga. Jadi, biarlah masakan itu bukan sekadar mengenyangkan, tapi juga meninggalkan rasa sedap dan memori indah.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Siti Mariam Zainon, Facebook Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd.
Sumber: Yeni Asita
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Telur Tak Pecah Dalam Kuah Masak Lemak, Bulat Gebu Kejadiannya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














