Resepi cucur udang simple ini sangat sesuai untuk minum petang. Ada yang lebih suka cucur udang yang lembut, tetapi resipi ini berbeza kerana memberikan tekstur yang rangup.
Ada satu cara untuk memastikan cucur udang menjadi rangup adalah dengan menggunakan ais ketul. Dengan cara ini, anda tidak perlu menggunakan serbuk penaik atau air kapur. Senang dan sedap!
Baca juga: Cara Buat Cucur Bilis Kembung, Rangup & Bulat-Bulat Comel!
RESEPI CUCUR UDANG SIMPLE YANG RANGUP
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 4 cawan air sejuk berais (secukupnya)
- 6 ulas bawang merah, dihiris halus
- Daun kucai atau daun bawang, dicincang halus
- 1 cawan taugeh atau lobak merah, disagat
- Udang (ikut cita rasa, jika mahu banyak, boleh tambah)
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk cukup rasa
- Serbuk kunyit (secukupnya)
Cara-cara:
- Campurkan dan gaulkan semua bahan hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat untuk mendapatkan tekstur yang rangup.
- Panaskan minyak hingga benar-benar panas. Kaut adunan dengan senduk dan tuangkan memanjang ke dalam minyak panas. Biarkan seketika, kemudian terbalikkan dan goreng hingga keemasan.
- Hidangkan dengan kuah kacang atau sos Thai.
Kredit resipi dan gambar: Nur Masri
Baca juga: Resipi Cucur Kentang Guna Bahan Mudah, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!