Siapa yang lepas makan je wajib ada pemanis mulut? Nak buat pemanis mulut sebenarnya mudah sahaja cuma kena ada kerajinan la. Jom cuba buat bubur bunga setaman yang dikongsikan oleh Azanizan Assaini di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

BUBUR BUNGA SETAMAN

Siapa yang lepas makan je wajib ada pemanis mulut? Nak buat pemanis mulut sebenarnya mudah sahaja cuma kena ada kerajinan la. Jom cuba buat bubur bunga setaman yang dikongsikan oleh Azanizan Assaini di Facebook.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A (BUNGA)
  • 2 sdb tepung pulut

  • Garam

  • Air

  • Perwarna (ikut kesukaan korang)

BAHAN B (KUAH)
  • Santan kotak

  • Garam

  • Air

  • Gula

  • Daun pandan

  • 2 sdb tepung gandum (untuk pekatkan kuah)

Kredit: Azanizan Assaini

CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung pulut kemudian masukkan sedikit garam.

  • Masukkan air guna sudu sedikit demi sedikit untuk buat doh kelopak warna putih.

  • Ulang semula untuk buat doh yang di tengah tetapi hanya guna sesudu sahaja tepung pulut, masukkan sedikit garam dan titiskan sedikit pewarna serta sedikit air.
  • Setelah siap doh.Buat doh tadi menjadi biji-biji  kecil. Lekatkan menjadi sekuntum bunga.

  • Setelah siap doh bunga tadi, rebus dahulu sekejap seperti rebus buah melaka.

  • Dah terapung masukkan dalam mangkuk yang berisi air sejuk.

  • Satukan semua bahan B dan gaul sehingga sebati.

  • Kemudian masukkan doh yang sudah direbus tadi. Apabila sudah mendidih, matikan api masukkan air tepung gandum dan kacau cepat-cepat supaya tidak berketul-ketul.

  • Siap dan boleh dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN