cucur jagung manis

Makan cucur jagung manis pada waktu petang memang sedap! Apatah lagi jika menggunakan jagung yang segar. Buat satu pinggan, confirm licin habis!

Boleh cuba buat nanti untuk minum petang dengan menggunakan resipi yang telah dikongsikan oleh Zaidah Md Daud di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Cucur Bilis Kembung, Rangup & Bulat-Bulat Comel!

RESEPI CUCUR JAGUNG MANIS

cucur jagung manis

Bahan-bahan:

  • Udang putih
  • Daun kucai
  • Jagung
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Air suam
  • Garam
  • Secubit gula
  • Bahan perasa (jika suka)
  • Tepung gandum

Cara-cara:

  1. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan seperti udang, daun kucai, jagung, bawang merah dan cili merah. Gaul rata.
  2. Tuang air suam, kemudian tambah garam, secubit gula dan bahan perasa jika suka. Kacau hingga sebati.
  3. Tambahkan tepung gandum secara perlahan sehingga adunan pekat sederhana.
  4. Untuk rasa yang lebih sedap, lebihkan bahan berbanding tepung.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil satu senduk adunan dan tuang ke dalam minyak. Goreng hingga garing dan kekuningan. Ulang sehingga semua adunan habis.
  6. Angkat cucur dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap minyak. Hidangkan panas, sedap dimakan begitu sahaja atau dengan sos.

RESIPI SOS PENCICAH

Bahan-bahan:

  • 3 ulas cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit garam
  • Gula (lebihkan sedikit supaya sos pencicah ada rasa manis)
  • Cuka
  • Air suam

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan hingga halus. Sesuaikan rasa masam, manis dan masin mengikut selera.
  2. Panaskan sos cili dalam kuali sebentar.
  3. Sos pencicah siap untuk dinikmati!

Kredit resipi dan gambar: Zaidah Md Daud

Baca juga: Resipi Kuah Kacang Cicah Cucur Udang, Cara Sangat Ringkas & Senang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN