Categories: Resipi

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah dimakan. Kulit puff yang ringan dan sedikit rangup di luar, digabungkan pula dengan kastard lembut di dalam, memang seronok dinikmati terutama ketika masih sejuk.

Nak buat sendiri di rumah pun tidaklah sesusah yang disangka. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya juga ringkas, cuma perlu beri perhatian pada tekstur adunan sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

Selepas siap dibakar, cream puff boleh diisi dengan kastard mengikut kesukaan masing-masing. Taburkan sedikit snow powder di atasnya untuk sentuhan akhir. Boleh hidangkan kepada keluarga sebagai kudapan petang atau sediakan untuk tetamu yang datang berkunjung!

Baca juga: Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

RESEPI CREAM PUFF CUSTARD

Bahan-bahan:

  • 300 ml air
  • 150 g mentega
  • 250 g tepung gandum
  • 5 biji telur gred A (anggaran 250 g tanpa kulit)
  • 5 ml esen vanila
  • Inti kastard secukupnya
  • Snow powder secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan mentega dan kacau sehingga cair sepenuhnya. Biarkan campuran kembali mendidih.
  3. Masukkan tepung gandum sekaligus ke dalam periuk. Kacau dengan cepat sehingga adunan sebati, tidak bertepung dan kelihatan sedikit berkilat.
  4. Tutup api dan pindahkan adunan ke dalam bekas lain. Pukul seketika supaya adunan menjadi suam.
  5. Pecahkan telur dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil dipukul sehingga sebati setiap kali telur dimasukkan.
  6. Masukkan esen vanila dan gaul sehingga sebati. Pastikan tekstur adunan pekat, berkilat dan tidak terlalu cair.
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan mengikut saiz yang diinginkan di atas dulang pembakar.
  8. Tekan sedikit bahagian atas setiap puff supaya bentuknya lebih kemas, kemudian renjis sedikit air pada permukaannya.
  9. Bakar pada suhu 170°C selama kira-kira 40 minit atau sehingga puff mengembang dan bertukar warna perang keemasan.
  10. Setelah masak, keluarkan dan biarkan cream puff sejuk sepenuhnya.
  11. Isikan bahagian dalam cream puff dengan inti kastard menggunakan piping bag.
  12. Akhir sekali, taburkan sedikit snow powder di atasnya sebelum dihidangkan.

Tip menghasilkan cream puff yang cantik:

  • Jangan masukkan kesemua telur sekaligus. Tambahkan sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur adunan yang sesuai.
  • Tidak semestinya perlu menghabiskan kesemua 250 g telur jika adunan sudah mencapai konsistensi yang betul.
  • Adunan yang menjadi elok akan kelihatan berkilat, pekat dan membentuk huruf V apabila diangkat menggunakan spatula.
  • Pastikan cream puff benar-benar sejuk sebelum dimasukkan inti kastard supaya kulitnya tidak cepat lembik.
  • Jika sukakan kulit puff yang lebih garing, boleh tambahkan sedikit masa membakar mengikut keadaan oven masing-masing. Pastikan bahagian dalamnya sudah masak sepenuhnya.

Selamat mencuba! Ikut langkah dan perhatikan tekstur adunan dengan betul untuk mendapatkan cream puff yang mengembang cantik, berongga dan sedap dinikmati bersama inti kastard.

Sumber: Che Feeza

Baca juga: Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Wan N

Recent Posts

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

31 mins ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

1 hour ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

2 hours ago

Ikan Masak Kicap Nampak Biasa, Tapi Rasa Kuahnya Memang Boleh Buat Ketagih!

Masak ikan kicap boleh dijadikan pilihan lauk untuk makan malam bersama keluarga. Gabungan rasa manis…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Air, Wanita Ini Kongsi Cara Rebus Ikan Guna Setengah Cawan Air Saja!

Cara masak ikan rebus simple ini mungkin sedikit berbeza daripada kebiasaan kerana hanya menggunakan setengah…

3 hours ago

Resepi Sambal Tumis Udang Guna Pes Segera, Tak Perlu Renyah Untuk Makan Tengah Hari!

Resepi sambal tumis udang merupakan antara pilihan lauk yang sesuai untuk melengkapkan hidangan tengah hari…

5 hours ago