resepi churros

Sesudah tiba di rumah setelah pulang kerja, kita mesti teringin sesuatu untuk dikunyah-kunyah seperti Churros. Seronoknya jika dapat tahu resepi Churros yang sedap!

Churros merupakan hidangan tradisi yang berasal dari Sepanyol dan Portugal. Ia kemudiannya popular di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Sekarang ada pelbagai bentuk dan cara menikmati churros. Shima Bakar juga tak ketinggalan untuk berkongsi resepi Churros versi bebola dan sos coklat likatnya yang sedap.

Baca juga: Cara Buat Kuih Belimbing atau Churros, Lembut Kat Dalam, Rangup Kat Luar

RESEPI CHURROS VERSI BEBOLA DAN SOS COKLAT LIKAT

resepi churros

Bahan-bahan churros:

  • 200g tepung gandum
  • 400g air
  • 35g butter Anchor
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3/4 sudu kecil garam

Bahan-bahan sos coklat:

  • 300g susu cair
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 80g milk choc Beryls (dark pun boleh)

Cara-cara penyediaan churros:

1. Dalam kuali, satukan air, butter, garam dan gula, kemudian masak hingga mendidih.

2. Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.

3. Alihkan doh ke dalam bekas, masukkan 2 biji telur dan mix hingga sebati. Saya guna mixer. Kalau nak sebatikan guna senduk pun boleh, cuma memerlukan lebih tenaga.

4. Dah sebati, masukkan dalam piping bag.

5. Guna Nozzle 9FT untuk hasilkan bentuk bebola. Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup. Jika nozzle besar, churros akan jadi montok, rangup di luar, lembut berongga di dalam.

6. Guna api sederhana. Bila minyak dah panas, paipkan adunan sepanjang 1 inci dan potong dengan gunting. Buat sampai penuh kuali. Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip supaya churros tidak overcooked kat luar, dalam tak masak. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.

7. Goreng hingga kuning keemasan, kemudian toskan. Churros dah siap!

Cara-cara penyediaan sos coklat:

1. Satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung dan gula (kecuali coklat).

2. Nyalakan api dengan menggunakan api sederhana, kemudian kacau hingga sebati, pekat dan meletup-letup.

3. Masukkan coklat , kacau hingga coklat cair dan sebati, kemudian padam api dan sejukkan. Sos coklat dah siap!

resepi churros

Jom cuba resepi Churros versi bebola ini sebagai snek untuk makan bersama keluarga. Cicah pula dengan sos coklat yang likat, bertambah sedaplah jadinya.

Selamat mencuba!

Sumber: Shima Bakar

Baca juga: Resipi Churros Yang Rangup Di Luar, Gebu Di Dalam. ‘Confirm’ Lembut Sampai Esok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN