resepi cheezy wedges

Teringin nak makan KFC tapi apabila tengok dompet, terus lupakan keinginan tapi hati tetap nak makan jugak. Oleh sebab itu, ramai yang cari resepi Cheezy Wedges yang sedap.

Cheezy Wedges merupakan antara pilihan makanan yang paling disukai ramai setiap kali ke KFC, sampaikan peniaga pasar malam pun ada yang menjualnya.

Tapi sampai bila nak beli luar saja, sekali-sekala anda boleh buat sendiri dengan mengikut resepi Cheezy Wedges yang dikongsikan oleh Raja Amanina di Facebook ini.

Baca juga: Cara Buat Snek Kuih Gulung Paling Jimat, Guna 3 Bahan Je!

RESEPI CHEEZY WEDGES

resepi cheezy wedges

Bahan-bahan sos cheezy:

  • 1 gelas susu fullcream atau susu cair
  • ½ ketul keju cheddar (beqa)
  • 2 sudu butter
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air)
  • 1 gelas air
  • Sedikit pewarna kuning atau oren
  • Sedikit gula

Bahan-bahan wedges:

Cara-cara penyediaan sos cheezy:

1. Cairkan butter masukkan kiub ayam, serbuk cili dan air.

2. Cacau sebati sehingga larut dan masukkan susu cair, tepung gandum, keju dan pewarna (sentiasa kacau supaya tak berketul).

3. Masak sehingga keju cair dan sedikit pekat.

4. Simpan dalam bekas bertutup dan boleh masukkan dalam peti ais nanti.

Cara-cara penyediaan wedges:

1. Potong baji ubi kentang dan gaul bersama garam, kemudian kukus lebih kurang 10 minit.

2. Toskan ubi kentang dan gaul bersama tepung gandum, tepung jagung, breadcrumb dan serbuk kari.

resepi cheezy wedges

3. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.

4. Angkat dan tuang sos cheezy di atasnya. Siap untuk dihidang!

Resepi Cheezy Wedges yang rangup dan sedap ini bolehlah penuhi keinginan mereka yang meminatinya, silap-silap anda akan makan sampai menjilat jari!

Selamat mencuba!

Sumber: Raja Amanina

Baca juga: Popia Pepero, Guna Kulit Popia Tapi Sedap Dan Rangup Bukan Main!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN