Kebiasannya makanan Thai semuanya mesti sedap, beraroma dan pedas. Sotong phat phet merupakan salah satu menu yang terkenal di Thailand, resepi ini boleh dikatakan masakan dua dalam satu kerana ia mempunyai lauk dan sayur. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraizah Zulkifli di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

SOTONG PHAT PHET

Kebiasannya makanan Thai semuanya mesti sedap, beraroma dan pedas. Sotong phat phet merupakan salah satu menu yang terkenal di Thailand, resepi ini boleh dikatakan masakan dua dalam satu kerana ia mempunyai lauk dan sayur. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Zuraizah Zulkifli di Facebook.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 500 gram sotong (dicuci bersih)

  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 5 batang cili padi merah (dipotong)

  • 1 labu bawang merah (dipotong)

  • 1 batang serai (dihiris)

  • 4 helai daun limau purut

  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam

  • 1 sudu kecil belacan

  • 2 sudu besar sos ikan

  • ½ sudu kecil serbuk perasa

  • Garam (jika perlu)

  • Serbuk kunyit (hujung sudu kecil

BAHAN B (KISAR)
  • 4 batang cili merah

  • 4 batang cili hijau

  • 1 labu bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • Sedikit air

Kredit: Zuraizah Zulkifli

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .

  • Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.

  • Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.

  • Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.

  • Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masak seketika dan tutup api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.