resepi cheese cake

Resepi cheese cake guna 4 bahan ini sesuai untuk sesiapa yang nak buat kek tanpa pening kepala. Dengan rasa creamy dan lembut, pasti menjadi kegemaran ramai!

Dengan hanya empat bahan ringkas, anda boleh sediakan kek yang sedap dalam sekelip mata. Tak perlu risau tentang langkah yang rumit, semuanya sangat mudah dan cepat.

Jadi, jika anda nak mencuba sesuatu yang simple tapi tetap padu, jom ikut resipi di bawah ini!

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Kukus, Makan Banyak Pun Tak Rasa Muak

RESEPI CHEESE CAKE GUNA 4 BAHAN

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Asingkan putih telur dan kuning telur.
  2. Pukul putih telur sehingga kembang dan mencapai tahap soft peak. Untuk menguji, terbalikkan mangkuk; jika tidak jatuh, ia sudah siap. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk, pukul cream cheese dan setengah tin susu pekat sehingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan kaup balik dengan spatula. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
  4. Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan cream cheese, kaup balik dengan lembut sehingga kedua-dua adunan bercampur sebati.
  5. Gunakan loyang petak bersaiz 6 inci. Griskan loyang dengan minyak dan lapik dasar loyang; tidak perlu lapik tepi loyang dengan baking paper.
  6. Masukkan adunan yang telah disediakan ke dalam loyang. Bakar dengan kaedah bain marie (loyang berisi air) menggunakan api atas dan bawah pada suhu 130-150°C selama 1 jam atau lebih, bergantung kepada oven masing-masing.
  7. Setelah masak, biarkan kek rehat dalam oven selama 2 minit. Kemudian, terbalikkan kek ketika masih panas.

Nota: Tekstur kek ini berbeza daripada cotton cheesecake, ia agak kenyal dan creamy dengan penuh rasa keju. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurul Athira, Shai Anne Ahemed

Baca juga: Cara Buat Kek Pandan ‘Fluffy’, Bila Makan Terasa Seperti Di Awang-Awangan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN