gulai daging

Setiap kali ke kenduri kahwin di Terengganu, gulai daging memang wajib dicari. Mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri.

Seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsikan resipi gulai daging kenduri yang dipelajari dari arwah ayahnya yang merupakan tukang masak kenduri.

Jom lihat perkongsiannya di bawah. Kalau teringin nak makan, boleh cuba buat nanti ya. Semoga bermanfaat!

Resipi Gulai Daging Macam Kenduri Di Terengganu

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu
  • 1 biji kelapa (jadikan santan sederhana pekat)
  • 1 biji bawang besar (mayang)
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar cili boh
  • 3 sudu besar rempah gulai daging
  • Nisan @ gula melaka
  • Garam
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar kerisik
  • 3 biji ubi kentang
  • *7-10 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci kunyit hidup

Kisar bahan bertanda (*).

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar dengan rempah 4 beradik.

2. Masukkan cili boh.

3. Masak sampai cili boh bau masak.

4. Masukkan pula bahan kisar.

5. Masukkan rempah gulai.

6. Gaul sebati.

gulai daging

7. Masukkan daging.

gulai daging

8. Kacau sebati.

gulai daging

9. Masukkan air.

10. Pindahkan ke periuk noxxa kalau nak cepat masak. Masak dalam 40 minit supaya daging betul-betul empuk.

11. Selepas keluarkan dari periuk noxxa, masukkan asam keping dan kerisik. Masak sehingga air sedikit kering.

gulai daging

12. Akhir sekali masukkan santan, kentang, garam dan gula melaka. Perasakan secukupnya. Bila kentang dah empuk, boleh tutup api. Sedia untuk dihidang!

12. Ini rempah yang digunakan. Beli di pasar Chabang 3, Terengganu.

13. Kalau tiada rempah daging, boleh guna rempah ini yang dibeli di shopee. Campur 2 jenis rempah tersebut dengan nisbah, rempah gulai : rempah masak 2:1.

Selamat mencuba!

gulai daging

Kredit: Siti Noor Hidayah Samah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN