awet muda

Semua perempuan inginkan wajah yang cantik dan berseri tak kiralah dari semua peringkat umur.

Bukan itu je gais, ramai juga yang sanggup menghabiskan duit yang banyak semata-mata untuk beli produk kecantikan.

Bagi korang yang jenis otak geliga, dah tentunya tahu yang makanan dekat dapur saja pun dah boleh buat kita awet muda.


Baca Juga: Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resepi Sardin Guna ‘Pressure Cooker’


Apa je makanan yang boleh kekalkan awet muda tu? Jom kita tengok.

1. Tomato

Buah tomato sangat kaya dengan vitamin C yang membantu untuk hasilkan kolagen.

Kolagen membantu kulit anda untuk kelihatan tegang bak kata laporan The Huffington Post.

Lycopene di dalam tomato juga boleh menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari dan membantu sistem peredaran darah korang.

2. Sayur Bayam

Untuk pengetahuan korang, bayam mempunyai sumber beta carotene dan lutein yang bagus.

Dua sumber ini bantu kulit korang untuk kekal tegang dan kurangkan kedutan di muka. Ia juga boleh lindungi kulit dari pancaran matahari.

3. Oat

Oat mempunyai indeks glisemiks yang rendah. Maksudnya, jika korang makan makanan jenis ini, ia tak akan naikkan gula dalam darah.

Gula dalam darah inilah penyebabnya jerawat dan kedut mula timbul, menurut pakar dermatologi ini.

Ia juga boleh menghalang kerosakkan kulit dan membantu melegakan kulit yang radang.

4. Terung

Terung mendapat warnanya dari nasunin iaitu sejenis antioksidan, yang mempunyai unsur anti-penuaan.

Nasunin dapat menghalang sel kanser serta memastikan neuron korang sihat dan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer atau penyakit orang tua.

5. Madu

Madu lebah asli mengandungi enzim, vitamin, mineral, air dan antioksidan yang membantu meningkatkan fungsi otak.

Madu boleh diamalkan jika anda inginkan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda.

Senang saja nak cari semua makanan untuk awet muda ini kan? Jom amalkan dari sekarang.

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN