Categories: Resipi

Kawan Filipina Ajar Resepi Cencaluk Goreng, Rasa Umami Luar Biasa Sampai Ramai Terliur!

Biasanya dijadikan sambal atau pencicah, tapi siapa sangka cencaluk boleh digoreng jadi lauk yang membuka selera. Nak tahu bagaimana rasanya, boleh cuba resepi Cencaluk Goreng ini.

Cencaluk sebenarnya hasil perapan udang kecil yang terkenal di Melaka dan kawasan pantai Barat. Apabila digoreng, aromanya jadi lebih wangi dan sedap dimakan.

Norislinah Mahfar telah kongsikan resepi Cencaluk Goreng di Facebook dipelajari daripada kawannya dari Filipina yang sesuai dijadikan sebagai lauk ringkas ketika sibuk. Jom kita cuba!

Baca juga: Ibu Mentua Ajar Resepi Sambal Jantan Kelantan, Rasa Pedas Masam Yang Cukup Padu!

RESEPI CENCALUK GORENG

Bahan-bahan:

  • Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing, dihiris)
  • Lada hidup merah atau hijau (dihiris)
  • 1 labu bawang putih (dihiris)
  • 3 hingga 4 biji bawang besar
  • 3 sudu besar cuka makan
  • 2 botol cencaluk
  • 2 hingga 3 sudu besar gula

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, tumis semua bahan yang telah dihiris sampai layu.
  2. Apabila sudah layu, masukkan cencaluk yang telah ditapis airnya.
  3. Masukkan cuka makan dan kacau selalu supaya tak hangit dengan menggunakan api sederhana.
  4. Setelah hampir kering, masukkan gula dan sesuaikan rasa, kemudian kacau sampai kering lagi.
  5. Tak perlu letak garam kerana sudah masin semula jadi.
  6. Setelah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan boleh tahan sebulan dalam suhu bilik.

Selamat mencuba!

Sumber: Norislinah Mahfar

Baca juga: Resepi Sambal Belacan Kisar Tahan Lama, Jadi Stok ‘Emergency’ Bila Tiba-Tiba Lapar!

Aimi

Recent Posts

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

8 minutes ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

42 minutes ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 hour ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

1 hour ago

Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ini Singgah Kuantan & Ada Konsep Baharu!

Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…

2 hours ago

Resipi Pais Ikan Kembung Berbalut Daun Pisang, Bakar Atas Dapur Pun Dah Cukup Menyelerakan!

Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…

3 hours ago