resepi sambal belacan kisar

Nak tumbuk sambal setiap kali teringin makan kadangkala memang tak sempat, lebih-lebih lagi jika sibuk bekerja. Oleh sebab itu, kami nak ajak anda buat resepi Sambal Belacan Kisar yang mudah pula.

Bayangkan tengah lapar, buka peti sejuk dan ada sebalang sambal belacan siap sedia, tinggal cedok saja. Selain sedap dimakan dengan ikan goreng, boleh juga cicah bersama ulam.

Cara membuatnya dalam resepi Sambal Belacan Kisar yang dikongsikan oleh Mariana Abd Majid di Facebook menghasilkan rasa masam, pedas dan harumnya seimbang. Jom kita cuba!

Baca juga: Sambal Belacan Thai Ekspres, Sepantas 3 Minit Saja Dah Siap Untuk Makan!

RESEPI SAMBAL BELACAN KISAR

resepi sambal belacan kisar

Bahan-bahan:

  • Cili hidup
  • Cili padi
  • Belacan
  • Air asam jawa (perah guna air masak suam)
  • Air perahan limau kasturi (7 hingga 9 biji)
  • 2 biji limau kasturi (buang biji, hiris sekali dengan kulit)
  • Gula
  • Garam kasar

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan semua bahan iaitu cili hidup, cili padi, belacan, air asam jawa, air perahan limau kasturi, hirisan limau kasturi, gula dan garam kasar ke dalam pengisar.

2. Selepas itu, kisar sekejap saja dan jangan terlalu lama supaya masih terasa tekstur sambal.

3. Akhir sekali, simpan dalam balang dan boleh tahan beberapa hari dalam peti sejuk. Siap untuk digunakan!

resepi sambal belacan kisar

Nak buat kelainan, sambal ini juga boleh dijadikan rencah untuk nasi goreng. Caranya juga cukup mudah seperti langkah yang kami kongsikan di bawah.

Cara-cara membuat nasi goreng sambal belacan:

1. Mula-mula, tumis bawang putih sampai naik bau.

2. Kemudian, masukkan 2 sudu sambal belacan, isi ikan goreng (jika ada) dan kacau rata.

3. Seterusnya, pecahkan sebiji telur, biar sekejap baru kacau balik.

4. Masukkan nasi sejuk, sayur pilihan dan perasakan secukupnya.

5. Akhir sekali, gaul sampai sebati. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Abd Majid

Baca juga: Cara Buat Sambal Kicap ‘Power’ Menyengat, Makan Dengan Apa-Apa Pun Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN