
Biasanya dijadikan sambal atau pencicah, tapi siapa sangka cencaluk boleh digoreng jadi lauk yang membuka selera. Nak tahu bagaimana rasanya, boleh cuba resepi Cencaluk Goreng ini.
Cencaluk sebenarnya hasil perapan udang kecil yang terkenal di Melaka dan kawasan pantai Barat. Apabila digoreng, aromanya jadi lebih wangi dan sedap dimakan.
Norislinah Mahfar telah kongsikan resepi Cencaluk Goreng di Facebook dipelajari daripada kawannya dari Filipina yang sesuai dijadikan sebagai lauk ringkas ketika sibuk. Jom kita cuba!
Baca juga: Ibu Mentua Ajar Resepi Sambal Jantan Kelantan, Rasa Pedas Masam Yang Cukup Padu!
RESEPI CENCALUK GORENG

Bahan-bahan:
- Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing, dihiris)
- Lada hidup merah atau hijau (dihiris)
- 1 labu bawang putih (dihiris)
- 3 hingga 4 biji bawang besar
- 3 sudu besar cuka makan
- 2 botol cencaluk
- 2 hingga 3 sudu besar gula

Cara-cara buat:
- Mula-mula, tumis semua bahan yang telah dihiris sampai layu.
- Apabila sudah layu, masukkan cencaluk yang telah ditapis airnya.
- Masukkan cuka makan dan kacau selalu supaya tak hangit dengan menggunakan api sederhana.
- Setelah hampir kering, masukkan gula dan sesuaikan rasa, kemudian kacau sampai kering lagi.
- Tak perlu letak garam kerana sudah masin semula jadi.
- Setelah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan boleh tahan sebulan dalam suhu bilik.
Selamat mencuba!
Sumber: Norislinah Mahfar
Baca juga: Resepi Sambal Belacan Kisar Tahan Lama, Jadi Stok ‘Emergency’ Bila Tiba-Tiba Lapar!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














