Categories: Resipi

Jom Buat Cekodok Manis Gebu, Ini Tip Mudah Supaya Bulat Kembung Cantik!

Resepi cekodok manis yang gebu ini memang sedap dinikmati bersama secawan teh panas. Sesuai sangat untuk minum petang atau kudapan cepat bila tetamu datang ke rumah.

Hanya dengan tepung gandum, gula dan air panas, anda boleh menghasilkan cekodok yang rangup di luar dan lembut di dalam. Anda boleh sesuaikan tahap kemanisan mengikut cita rasa sendiri.

Namun, bukan mudah nak buat cekodok yang bulat dan kembung elok. Kadang-kadang adunan melekat di tangan atau cekodok tidak mengembang dengan sempurna semasa digoreng.

Kalau anda ingin mengetahui cara-caranya dengan lebih terperinci, mari ikuti artikel lengkap di bawah, hasil perkongsian Puan Latifah Hassan.

Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Rangup & Tak Berminyak, Rahsianya Kena Guna Tepung ‘Ini!

RESEPI CEKODOK MANIS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu gula (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
  • Secubit garam
  • 2 cawan air panas
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga adunan sebati dan tidak bergentel.
  3. Sapu sedikit minyak pada tangan, ambil sedikit adunan dan bulatkan menjadi cekodok.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Goreng cekodok hingga keemasan dan masak sempurna.
  5. Angkat dan tos minyak. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Latifah Hassan

Baca juga: Resipi Cekodok Jagung Lemak Manis & Wangi, Tak Guna Air Panas Pun ‘Kembung’ Elok!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

3 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

3 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

5 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

6 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

6 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

6 hours ago