Minyak, kicap atau sos yang tertumpah di lantai memang menguji kesabaran. Jangan risau, ada cara bersihkan tumpahan minyak, kicap dan sos di lantai yang sangat mudah.
Ramai yang terus capai mop dan sabun apabila nampak tumpahan, tetapi cara itu sebenarnya membuatkan kotoran lebih merebak. Hasilnya, kerja jadi lebih berat dan lantai semakin licin.
Sebenarnya ada teknik lebih mudah, cepat dan tak memerlukan air pada peringkat awal. Teknik ini menggunakan bahan yang hampir semua rumah sudah ada iaitu tepung gandum.
Ramai mengakui cara bersihkan tumpahan minyak, kicap dan sos di lantai yang dikongsikan oleh Chef As – As Homemade di Facebook membantu memudahkan kerja di dapur.
Baca juga: Cara Mudah Pastikan Papan Pemotong Kekal Putih, Bersih Walau Masak Hari-Hari!
1. Jangan mop dahulu.
Jika minyak, sos atau kicap tumpah, elakkan terus menyental atau mop. Tindakan ini hanya menolak kotoran ke kawasan lain.
2. Ambil tepung gandum.
Tepung bertindak sebagai penyerap semula jadi. Ia membantu mengikat cecair supaya lebih mudah dikaut.
3. Taburkan rata di atas tumpahan.
Pastikan seluruh kawasan yang basah diselaputi tepung. Biarkan seketika sehingga tepung menyerap minyak atau sos tersebut.
4. Kaut menggunakan sarung tangan atau tisu tebal.
Apabila tepung dan cecair sudah bergumpal, kerja membersih jadi jauh lebih mudah. Hanya kutip gumpalan itu tanpa perlu mengheret kotoran ke mana-mana.
5. Buang gumpalan, kemudian lap jika perlu.
Selepas kawasan kering, barulah lap atau mop untuk kemasan terakhir. Anda akan dapati lantai lebih bersih tanpa kerja berganda.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Chef As – As Homemade
Baca juga: Cara Hilangkan Kutu Beras Paling Cepat, Tak Sampai 5 Minit Habis Satu Keturunan!
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…
Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…