
Kalau makan buah tak ada pencicah, memang rasa tak lengkap kan? Antara pencicah paling terkenal ialah garam belacan, ringkas tapi cukup padu.
Rasanya pedas, masin dan manis yang seimbang. Memang sangat sedap kalau dicicah dengan mangga muda, jambu batu, kedondong atau buah-buahan lain yang disukai.
Resipi ini juga sangat mudah dibuat sebab tak perlu banyak bahan pun. Anda boleh buat ikut tahap kepedasan yang disukai. Lepas siap kisar, boleh terus cicah dengan buah!
Baca juga: Cara Buat Colek Malas Rangup Confirm Jadi, Tak Perlu Cari Resipi Lain Dah!
RESEPI GARAM BELACAN UNTUK MENCICAH BUAH-BUAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:
- Gula secukupnya
- Sedikit garam
- Belacan (dibakar sedikit lebih sedap)
- Cili padi merah
- Kicap (ikut citarasa, boleh letak atau tidak)
Cara-cara penyediaan:
- Mula-mula, kisar kering gula, garam, belacan dan cili padi merah sehingga semuanya sebati.
- Selepas siap dikisar, masukkan kicap secukupnya dan gaul sehingga semuanya bercampur rata.
- Jika tidak mahu menggunakan kicap, boleh juga terus dimakan begitu sahaja.
Pencicah ini memang sesuai untuk mangga muda yang masam, buah kedondong, jambu batu atau nanas. Rasa pedas-manis-masin memang padu dan buat kita ketagih nak makan lagi.
Sumber resipi dan gambar: Mashitah Amin
Baca juga: Resipi Serbuk Colek Padu. Rasa Pedas Manja, Masin & Manis Boleh Buat Ketagih!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














