cekodok jagung

Kalau buntu nak buat apa untuk minum petang, jom cuba resipi cekodok jagung yang senang tapi sedap. Cekodok jagung ini rasanya lemak manis, berkrim dan baunya wangi dengan aroma jagung segar.

Cara buatnya pun tak renyah langsung. Dohnya kembang cantik tanpa perlu guna air panas pun! Teksurnya pun garing di luar dan lembut di dalam, memang puas hati makan panas-panas.

Anak-anak pun mesti suka sebab rasa dia tak muak dan rasa manis-manis lemak. Sesuai sangat untuk dijadikan hidangan waktu santai bersama keluarga.

Baca juga: Cekodok Pisang Kembong Tanpa Serbuk Penaik, Dah Sejuk Pun Sedapnya Tak Hilang

RESEPI CEKODOK JAGUNG LEMAK MANIS

cekodok jagung

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 tin jagung manis
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu makan butter atau mentega
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu makan mauripan
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kering ke dalam satu bekas iaitu tepung gandum, gula pasir dan mauripan. Gaul sehingga sebati.
  2. Masukkan bahan basah iaitu jagung manis, susu pekat dan mentega. Gaul rata.
  3. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga menjadi adunan cekodok yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
  4. Jika rasa adunan kurang manis, boleh tambahkan sedikit gula dan kacau hingga sebati.
  5. Perap adunan selama kira-kira setengah jam. Bekas tidak perlu ditutup, tetapi jika mahu tutup pun boleh.
  6. Selepas diperap, adunan akan naik dan mengembang.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.
  8. Jemputkan adunan dengan hujung jari dan tolak perlahan-lahan ke dalam minyak panas.
  9. Goreng sehingga cekodok kembang dan keperangan. Balik-balikkan supaya masak sekata.
  10. Angkat cekodok yang telah masak dan ulangi sehingga adunan habis.

Sumber: Suraya Yaacob

Baca juga: Sedapnya Cekodok Labu, Ikut Resipi Ini Agar Tak Serap Minyak & Lembut Sampai Malam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN