
Resepi cekodok manis yang gebu ini memang sedap dinikmati bersama secawan teh panas. Sesuai sangat untuk minum petang atau kudapan cepat bila tetamu datang ke rumah.
Hanya dengan tepung gandum, gula dan air panas, anda boleh menghasilkan cekodok yang rangup di luar dan lembut di dalam. Anda boleh sesuaikan tahap kemanisan mengikut cita rasa sendiri.
Namun, bukan mudah nak buat cekodok yang bulat dan kembung elok. Kadang-kadang adunan melekat di tangan atau cekodok tidak mengembang dengan sempurna semasa digoreng.
Kalau anda ingin mengetahui cara-caranya dengan lebih terperinci, mari ikuti artikel lengkap di bawah, hasil perkongsian Puan Latifah Hassan.
Baca juga: Resipi Cekodok Pisang Rangup & Tak Berminyak, Rahsianya Kena Guna Tepung ‘Ini!
RESEPI CEKODOK MANIS

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 4 sudu gula (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
- Secubit garam
- 2 cawan air panas
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga adunan sebati dan tidak bergentel.
- Sapu sedikit minyak pada tangan, ambil sedikit adunan dan bulatkan menjadi cekodok.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Goreng cekodok hingga keemasan dan masak sempurna.
- Angkat dan tos minyak. Sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Latifah Hassan
Baca juga: Resipi Cekodok Jagung Lemak Manis & Wangi, Tak Guna Air Panas Pun ‘Kembung’ Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














