resepi burger prosperity

Resepi burger prosperity ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada di dapur.

Walaupun rasanya tidak sebiji sama seperti kita makan di kedai,  ia tetap berbaloi dicuba kerana boleh dibuat mengikut cita rasa masing-masing.

Jika suka pedas, boleh lebihkan kuantiti serbuk black pepper. Jika sebaliknya, boleh kurangkan jumlah serbuk black pepper tersebut.

Kalau ada yang mahu mencubanya di rumah, mari ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Aida Haron di bawah.

Baca juga: Cara Buat Pizza Homemade Lembut, Puas Hati Boleh Letak Macam-Macam Topping!

RESEPI BURGER PROSPERITY ALA-ALA MCD

Bahan patty daging:

  • Daging ramly 800g (dapat 11 keping patty)
  • 2 sudu besar cukup rasa
  • Parsley/oregano/mix herbs (boleh guna mana-mana satu)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan menggunakan tangan. Gaul sehingga sebati.

2. Bahagikan daging kepada 80g, bulat-bulatkan dan leperkan sepergi daging burger. Akan dapat dalam 11 keping patty.

resepi burger prosperity

3. Masak daging atas kuali leper. Tekan-tekan lebih pada bahagian tengah supaya masak sekata.

4. Selepas dah siap masak, susun atas parchment paper supaya daging tidak melekat. Bila nak makan, goreng daging guna kuali non-stick. Tak perlu letak minyak sebab daging akan keluar minyak sendiri.

Bahan sos black pepper:

  • 2 sudu besar butter
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar coarse black pepper
  • Bay leaves (optional)
  • 1 cawan air
  • 1 kiub daging/ayam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram

Cara buat sos black pepper:

1. Cairkan butter dan tumis bawang besar. Apabila bawang sudah layu, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga bertukar kepada coklat gold. Jangan tinggal tanpa kacau, nanti hangus.

2. Kemudian masukkan black pepper, air, kiub daging, bay leave, kicap dan sos tiram. Kacau-kacau sehingga mencapai kepekatan yang disukai.

3. Apabila sos dah siap, celup daging yang sudah siap digoreng tadi ke dalam sos.

4. Letak atas roti burger dan hiskan dengan bawang holland yang dihiris. Selamat mencuba!

resepi burger prosperity

Kredit resipi dan gambar: Aida Haron

Baca juga: Cara Buat Frozen Fries Homemade, Rupanya Buat Bentuk Zig Zag Lagi Rangup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN