resepi burger ayamAda hari yang anak tiba-tiba tak nak makan nasi dan memilih untuk makan makanan segera. Ibu tak perlu pening, cuba resepi burger ayam simple ini.

Selain dari membangkitkan selera anak-anak, burger ayam ini juga pastinya sihat dan bebas dari sebarang bahan yang tak elok bagi anak-anak.

Bak kata orang, anak berselera makan pun ibu dah gembira tak ingat dunia.

Jom cuba resipi burger ayam oleh Cik Puan Reen Sofee ini.

Baca juga: Sambal Tumis Bilis, Gelap Tapi Sedap Menyelerakan!

RESEPI BURGER AYAM SIMPLE

Bahan-bahan

  • 4-5 ketul bahagian dada ayam (dipotong kecil)
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa 
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil minyak masak
  • Tepung gandum secukupnya

Cara Penyediaan

1. Kisar semua bahan hingga halus.

2. Masukkan adunan ke dalam bekas.

3. Campurkan tepung gandum dan gaul hingga adunan boleh dibulatkan.

4. Bulatkan adunan, leperkan sedikit dan lapik dengan plastik.

5. Simpan dalam bekas bertutup dan letakkan di tempat sejuk beku.

resepi burger ayam

6. Bila ingin makan, panaskan sedikit minyak.

7. Masukkan daging burger dan masak hingga garing kedua-dua belah permukaan.

8. Letakkan daging burger pada roti dan lapiskan dengan bahan sampingan yang disukai seperti keju dan lain-lain.

9. Siap dinikmati.resepi burger ayam

Ibu, tengok anak selera atau tidak? Selamat mencuba!

Sumber: Reen Sofee

Baca juga: Resipi Karipap Kentang Krup Krap, Makan Mesti Tak Ingat Dunia!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN