Categories: Resipi

Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah, Bakar Sampai Permukaan ‘Hangit’ Baru Lagi Sedap

Kalau teringin bengkang tepung beras gula merah, boleh cuba resipi ini. Bahan-bahannya pun mudah disediakan dan cara membuatnya tidak terlalu rumit, cuma perlu masak adunan sehingga kental sebelum dibakar.

Menariknya, kuih ini dibakar sehingga permukaannya sedikit hangit untuk memberikan rasa dan aroma yang lebih sedap. Lima minit terakhir, api atas boleh digunakan untuk mendapatkan kesan perang kehitaman pada bahagian atas kuih.

Selepas dibakar, biarkan bengkang sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong. Teksturnya lebih mudah dipotong dan tidak mudah hancur. Kalau suka kuih tradisional berasaskan santan dan gula merah, resipi ini boleh masuk dalam senarai untuk dicuba.

Baca juga: Resipi Bengkang Pandan Lembut & Lemak Manis, Bakar Guna Air Fryer Pun Jadi Cantik

RESEPI BENGKANG TEPUNG BERAS GULA MERAH

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 7 sudu besar tepung jagung
  • 7 cawan santan
  • ¾ cawan gula putih
  • 1 cawan gula merah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Sapu loyang dengan sedikit minyak. Panaskan loyang seketika di dalam oven. Pada masa yang sama, panaskan oven selama 5 hingga 10 minit pada suhu 180°C.
  2. Satukan tepung beras, tepung jagung, santan, gula putih, gula merah dan garam di dalam satu bekas. Kacau sehingga semua bahan sebati dan gula larut.
  3. Tuangkan adunan ke dalam kuali atau periuk. Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau sehingga adunan menjadi kental.
  4. Setelah kental, alihkan adunan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi. Bakar pada suhu 180°C menggunakan api atas dan bawah selama 1 jam atau lebih, bergantung kepada oven masing-masing.
  5. Untuk mendapatkan permukaan yang sedikit hangit dan perang, tukar kepada api atas selama 5 minit terakhir.
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.

Sumber: Shah Shatry

Baca juga: Resipi Bengkang Ubi Kayu, Ini Rahsia Dapat Hasil Yang Lembut Manja

Wan N

Recent Posts

Resipi Chicken Tenders Homemade, Rangup Di Luar & Lembut Berjus Di Dalam!

Resepi chicken tenders ini sesuai dicuba apabila terasa lapar di lewat malam, tetapi malas untuk…

12 hours ago

Tak Guna Tepung Gandum & Telur, Resipi Biskut Milky Oat Ini Memang Lain Daripada Yang Lain!

Kalau suka biskut yang berasa lemak susu, rapuh dan mudah cair di mulut, bolehlah cuba…

12 hours ago

Ini Sukatan Bancuhan Ikan Celup Tepung Terengganu Yang Menjadi, Rangup Berhabuk Elok!

Terasa rindu nak makan ikan celup tepung Terengganu, tetapi kesibukan kerja membuatkan kita tak selalu…

16 hours ago

Cara Mudah Buat Penyaram Pandan, Perap Semalaman Rahsia Kuih Jadi Lebih Lembut!

Kuih penyaram pandan antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, terutama bagi penggemar kuih berasaskan…

16 hours ago

Puding Tutti Frutti Untuk Jamuan Kelas Akhir Tahun, Resipinya Mudah & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau sedang mencari idea pencuci mulut untuk jamuan kelas anak-anak, boleh cuba buat puding tutti…

16 hours ago

Terung Bakar Cicah Telur Separuh Masak, Nampak Biasa Tapi Ramai Suka Gabungan ‘Rare’ Ini!

Kadangkala, hidangan yang paling ringkas itulah yang paling membuka selera. Terung bakar yang dipetik segar…

16 hours ago