Categories: Resipi

Cara Buat Roti Loaf Putih, Uli Pakai Tangan Pun Tetap Jadi Lembut & Gebu

Kalau suka makan roti yang lembut dan gebu, jom cuba resipi roti loaf putih ini di rumah. Menariknya, doh hanya perlu diuli menggunakan tangan tanpa memerlukan mesin.

Bahan yang digunakan pun cukup mudah seperti tepung roti, yis, gula, susu atau air suam serta mentega. Doh perlu diuli sehingga licin dan elastik sebelum dibiarkan mengembang.

Selepas itu, doh dibentuk dan dimasukkan ke dalam loyang roti loaf sebelum dibakar sehingga permukaannya bertukar perang keemasan. Ikuti resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Resepi Roti Bun Inti Buttermilk, Gebu Dan Lembut, Sekali Cuba Terus Nak Buat Lagi

RESIPI ROTI LOAF PUTIH LEMBUT DAN GEBU

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung roti
  • 5 gram yis kering (instant yeast)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 cawan susu suam atau air suam
  • 2 sudu besar mentega atau marjerin, dilembutkan pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan susu suam atau air suam, gula dan yis dalam mangkuk. Biarkan selama 5 hingga 10 minit sehingga berbuih.
  2. Masukkan tepung roti dan garam ke dalam mangkuk besar. Tuangkan bancuhan yis dan uli sehingga semua bahan bercampur rata.
  3. Jika doh agak kental, tambahkan sedikit air sehingga mendapat doh yang sedikit lembik supaya lebih mudah diuli sehingga elastik.
  4. Masukkan mentega atau marjerin. Uli selama 10 hingga 12 minit sehingga doh menjadi licin, anjal, elastik dan tidak melekit di tangan.
  5. Bulatkan doh dan sapukan sedikit minyak pada mangkuk. Tutup dengan kain bersih dan biarkan doh naik sehingga dua kali ganda, kira-kira 45 hingga 60 minit.
  6. Tekan doh untuk mengeluarkan angin. Canai doh menjadi bentuk segi empat tepat, kemudian gulung kemas dari atas ke bawah. Tekan bahagian hujung gulungan supaya melekat rapat.
  7. Masukkan doh ke dalam loyang roti loaf bersaiz 8×4 inci yang telah disapu mentega. Biarkan doh naik sehingga mencapai kira-kira 80% paras loyang.
  8. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 180°C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga bahagian atas roti berwarna perang keemasan.
  9. Suhu dan tempoh pembakaran bergantung pada oven masing-masing, jadi laraskan mengikut kesesuaian oven.
  10. Selepas roti masak, sapukan sedikit mentega di atas permukaan roti ketika masih panas jika suka untuk mendapatkan kesan berkilat dan tekstur yang lebih lembut.

Sumber: Diana George

Baca juga: Resipi Shio Pan, Roti Viral Rangup Di Luar, Berongga & Lembut Bermentega Di Dalam!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

4 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

4 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

5 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

6 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

6 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

6 hours ago