Kalau teringin bengkang tepung beras gula merah, boleh cuba resipi ini. Bahan-bahannya pun mudah disediakan dan cara membuatnya tidak terlalu rumit, cuma perlu masak adunan sehingga kental sebelum dibakar.
Menariknya, kuih ini dibakar sehingga permukaannya sedikit hangit untuk memberikan rasa dan aroma yang lebih sedap. Lima minit terakhir, api atas boleh digunakan untuk mendapatkan kesan perang kehitaman pada bahagian atas kuih.
Selepas dibakar, biarkan bengkang sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong. Teksturnya lebih mudah dipotong dan tidak mudah hancur. Kalau suka kuih tradisional berasaskan santan dan gula merah, resipi ini boleh masuk dalam senarai untuk dicuba.
Baca juga: Resipi Bengkang Pandan Lembut & Lemak Manis, Bakar Guna Air Fryer Pun Jadi Cantik
RESEPI BENGKANG TEPUNG BERAS GULA MERAH

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 7 sudu besar tepung jagung
- 7 cawan santan
- ¾ cawan gula putih
- 1 cawan gula merah
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan:
- Sapu loyang dengan sedikit minyak. Panaskan loyang seketika di dalam oven. Pada masa yang sama, panaskan oven selama 5 hingga 10 minit pada suhu 180°C.
- Satukan tepung beras, tepung jagung, santan, gula putih, gula merah dan garam di dalam satu bekas. Kacau sehingga semua bahan sebati dan gula larut.
- Tuangkan adunan ke dalam kuali atau periuk. Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau sehingga adunan menjadi kental.
- Setelah kental, alihkan adunan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi. Bakar pada suhu 180°C menggunakan api atas dan bawah selama 1 jam atau lebih, bergantung kepada oven masing-masing.
- Untuk mendapatkan permukaan yang sedikit hangit dan perang, tukar kepada api atas selama 5 minit terakhir.
- Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Sumber: Shah Shatry
Baca juga: Resipi Bengkang Ubi Kayu, Ini Rahsia Dapat Hasil Yang Lembut Manja
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

