Categories: Resipi

Resipi Bayam Banchan, Lauk ‘Side Dish’ Ala Drama Korea Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup

Kalau sebut resepi bayam, kebanyakan kita mesti terfikir sup bayam atau bayam tumis sahaja. Dua menu ini memang mudah dimasak, tapi lama-lama boleh jadi bosan juga kalau asyik ulang benda yang sama setiap minggu.

Sebenarnya bayam boleh jadi lebih menarik kalau kita cuba versi lain dari luar negara. Baru-baru ini ramai yang terliur tengok drama Korea sebab selalu nampak lauk sampingan kecil yang dipanggil ‘banchan’. Salah satu yang ringkas tapi nampak sedap adalah ‘bayam banchan’.

Resipi ini memang buat ramai jatuh cinta sebab rasa dia ringan, wangi minyak bijan dan ada rasa ‘kick’ dari bawang putih. Sekali cuba, memang susah nak berhenti makan. Lagi menarik, cara buat pun sangat cepat dan tak renyah.

Baca juga: Resipi Telur Gulung Ala Korea Yang Lembut & Cantik Berlapis, Anak-Anak Pun Suka!

RESEPI BAYAM BANCHAN KOREA

Bahan-bahan:

  • 1 ikat bayam segar
  • 2–3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Sedikit perasa cendawan (mushroom seasoning)
  • Sedikit biji bijan (optional tapi sangat disarankan)
  • Air secukupnya untuk mencelur

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan air dan celurkan bayam lebih kurang 30 saat sahaja. Jangan terlalu lama supaya bayam tak terlalu lembik.
  2. Angkat bayam dan segera bilas dengan air sejuk untuk kekalkan warna hijau dan tekstur rangup.
  3. Perah bayam perlahan-lahan sehingga air berlebihan keluar. Jika perlu, boleh gunting supaya lebih mudah dimakan.
  4. Masukkan bayam ke dalam mangkuk.
  5. Tambahkan bawang putih cincang, kicap cair, minyak bijan dan sedikit perasa cendawan.
  6. Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
  7. Taburkan biji bijan di atas sebagai penambah aroma dan rasa. Siap untuk dihidang!

Sumber: Thread @tiyaa_ays

Baca juga: Cara Buat Bulgogi Fries Ala Kedai Korea, Sepinggan Boleh Hadap Sorang!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

1 day ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

1 day ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

1 day ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

1 day ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

1 day ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

1 day ago