Kalau anda tengah cari resipi terung celup tepung yang mudah, cepat dan confirm jadi, ini versi paling padu untuk dicuba! Hanya guna 4 bahan asas, anda dah boleh hasilkan kudapan yang rangup di luar, lembut di dalam dan memang sekali cuba terus repeat!
Resipi terung celup tepung ini dikongsikan oleh ezzahnor di Threads dan jadi pilihan ramai kerana cara buatnya yang sangat simple tapi hasilnya nampak premium macam beli di kedai.
Baca juga: Terung Berlada Ringkas Tak Sampai 15 Minit Siap & Sedap, Sesuai Untuk Menu Harian Di Rumah
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Potong terung gaya fries
Basuh terung dan potong memanjang seperti fries. Pastikan potongan agak tebal (fries “debab”) supaya bila digoreng, hasilnya masih kekal isi lembut.
2. Gaul dengan telur
Masukkan terung ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama telur sehingga semua bahagian terung disalut rata.
3. Salut tepung goreng rangup
Celupkan terung ke dalam tepung goreng rangup hingga bersalut sempurna.
4. Goreng api sederhana
Panaskan minyak dan goreng terung sehingga keemasan. Jangan guna api terlalu besar supaya tak cepat hangus.
5. Angkat dan toskan
Bila dah rangup dan cantik keemasan, angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!
Tips Penting Supaya Terung Celup Tepung Lagi Rangup
Sedap Cicah Dengan Apa?
Terung celup tepung lagi padu kalau makan dengan:
Resipi terung celup tepung ini memang pilihan terbaik kalau nak snek cepat tapi tetap sedap. Dengan teknik yang betul, anda boleh dapat hasil rangup ala-ala restoran terus dari dapur sendiri.
Simpan resipi ini dan cuba hari ini, confirm jadi kegemaran satu keluarga!
Selamat mencuba!
Sumber: ezzahnor
Baca juga: Resepi Terung Bakar Santan, Lebih Sedap Dengan Berkuah Pekat
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…