
Kalau sebut resepi bayam, kebanyakan kita mesti terfikir sup bayam atau bayam tumis sahaja. Dua menu ini memang mudah dimasak, tapi lama-lama boleh jadi bosan juga kalau asyik ulang benda yang sama setiap minggu.
Sebenarnya bayam boleh jadi lebih menarik kalau kita cuba versi lain dari luar negara. Baru-baru ini ramai yang terliur tengok drama Korea sebab selalu nampak lauk sampingan kecil yang dipanggil ‘banchan’. Salah satu yang ringkas tapi nampak sedap adalah ‘bayam banchan’.
Resipi ini memang buat ramai jatuh cinta sebab rasa dia ringan, wangi minyak bijan dan ada rasa ‘kick’ dari bawang putih. Sekali cuba, memang susah nak berhenti makan. Lagi menarik, cara buat pun sangat cepat dan tak renyah.
Baca juga: Resipi Telur Gulung Ala Korea Yang Lembut & Cantik Berlapis, Anak-Anak Pun Suka!
RESEPI BAYAM BANCHAN KOREA

Bahan-bahan:
- 1 ikat bayam segar
- 2–3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar minyak bijan
- Sedikit perasa cendawan (mushroom seasoning)
- Sedikit biji bijan (optional tapi sangat disarankan)
- Air secukupnya untuk mencelur
Cara-cara penyediaan:
- Didihkan air dan celurkan bayam lebih kurang 30 saat sahaja. Jangan terlalu lama supaya bayam tak terlalu lembik.
- Angkat bayam dan segera bilas dengan air sejuk untuk kekalkan warna hijau dan tekstur rangup.
- Perah bayam perlahan-lahan sehingga air berlebihan keluar. Jika perlu, boleh gunting supaya lebih mudah dimakan.
- Masukkan bayam ke dalam mangkuk.
- Tambahkan bawang putih cincang, kicap cair, minyak bijan dan sedikit perasa cendawan.
- Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
- Taburkan biji bijan di atas sebagai penambah aroma dan rasa. Siap untuk dihidang!
Sumber: Thread @tiyaa_ays
Baca juga: Cara Buat Bulgogi Fries Ala Kedai Korea, Sepinggan Boleh Hadap Sorang!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














