
Kalau anda tengah cari cara buat telur gulung yang lembut dan sedap, resipi ini memang wajib dicuba. Sesuai untuk sarapan, lauk nasi atau bekal, telur gulung ini nampak cantik dan rasanya menarik dengan sedikit sayur dan cili padi.
Teknik menggulungnya mudah, tapi ramai takut telur mudah pecah. Dengan panduan langkah demi langkah ini, anda boleh hasilkan telur gulung berlapis, cantik dan lembut tanpa susah payah.
Selain mudah dan cepat, telur gulung ini fleksibel. Anda boleh tambah bahan ikut cita rasa seperti daun bawang, daun sup atau lobak merah untuk warna dan rasa lebih menarik.
Baca juga: Resipi Sup Telur Ringkas Untuk Makan Tengah Hari, Memang Layan Dijamah Dengan Nasi Panas
CARA BUAT TELUR GULUNG

Bahan-bahan:
- 6 biji telur (boleh guna ikut keperluan dan saiz telur)
- 1 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
- Daun bawang secukupnya (dihiris halus)
- Daun sup secukupnya (dihiris halus)
- 1 batang lobak merah (disagat halus)
- 2 biji cili padi (dihiris halus)
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 sudu kecil garam
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Satukan telur, bawang merah, daun bawang, daun sup, lobak merah dan cili padi di dalam satu mangkuk.
- Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
- Kacau perlahan sekadar sebati. Jangan kacau terlalu kuat seperti membuat telur dadar supaya telur tidak terlalu kembang.
- Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak menggunakan api perlahan.
- Tuang satu senduk penuh bancuhan telur ke dalam kuali.
- Bila telur mula mengeras dan separuh masak, gulung perlahan dari tepi hingga separuh.
- Tarik gulungan telur ke bahagian belakang kuali. Jika mahu, boleh pusingkan arah kuali untuk memudahkan proses menggulung.
- Tuang satu senduk lagi bancuhan telur dan pastikan ia menyentuh bahagian telur yang belum digulung supaya melekat elok.
- Biarkan seketika hingga masak, kemudian gulung lagi.
- Ulang proses ini sehingga bancuhan telur habis.
- Angkat, potong-potong telur gulung dan susun cantik di dalam pinggan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Wan N Wan M
Baca juga: Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Menu Bajet Hujung Bulan Tapi Buat Bertambah Nasi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














