resepi bahulu

Resepi kuih bahulu ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Jika dulu-dulu, kuih ni dibakar menggunakan sabut kelapa, namun sekarang anda boleh membakar menggunakan oven sahaja.

Kuih tradisional ini sangat popular dan digemari ramai sehingga sekarang. Tidak hairan ramai meminatinya kerana ia mempunyai rasa yang manis dan berbentuk seperti bunga.

Teksturnya pula agak rangup di luar dan gebu di dalam. Memang sedap kalau dapat makan panas-panas dicicah pula dengan secawan teh ‘O’ panas! 

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Kuih Seri Muka Arwah Mak, Terasa Nostalgia Orang Dulu-Dulu

RESEPI BAHULU 4 BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan gula
  • 10 biji telur
  • Esen vanilla

Cara-cara:

1. Putar gula, telur dan esen vanilla sehingga adunan menjadi betul-betul kembang.

2. Sangai atau jemur tepung gandum sehingga ringan. Kemudian ayakkan.

3. Masukkan tepung gandum yang telah siap diayak ke dalam adunan yang diputar kembang tadi. Kacau sehingga sebati dan bercampur rata.

4. Sapukan sedikit minyak masak pada acuan bahulu dan panaskan acuan sahaja supaya bahulu tidak melekat.

5. Keluarkan acuan telah dipanaskan dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.

6. Bakar pada suhu 200°C selama 15 minit dengan menggunakan api atas bawah.

7. Apabila sudah masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

resepi bahulu

Kredit resipi dan gambar: Nur Masri

 Baca juga: Resipi Kuih Karas ‘Legend’ Guna 3 Bahan, Punyalah Rangup Sampai Tak Sedar Nak Habis Sebalang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN