Kadangkala makan nasi putih berlauk pun boleh membuatkan kita bosan, bila ada resepi nasi kari ayam ini boleh la menaikkan selera semula. Makan panas-panas memang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

NASI KARI AYAM

Kadangkala makan nasi putih berlauk pun boleh membuatkan kita bosan, bila ada resepi nasi kari ayam ini boleh la menaikkan selera semula. Makan panas-panas memang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 2 pot beras, cuci dan toskan

  • 1 tin kari ayam/kambing/daging

  • ½ biji bawang besar dimayang

  • 3 ulas bawang putih dimayang

  • 1 kulit kayu manis

  • 1 kuntum bunga lawang

  • 1 tangkai daun kari

  • 3-4 sudu minyak untuk menumis

Kredit: Khairul Abdullah

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga naik bau dan bawang sedikit garing kemudian masukkan kari ayam. Kacau rata.

  • Masukkan beras dan tambah sedikit garam lalu kacau rata. Masukkan air ikut sukatan beras.

  • Masukkan dalam periuk nasi dan tunggu sehingga nasi masak. Siap da boleh dihidang.

TIPS

Hanya letak air separuh sukatan sahaja untuk mengelakkan nasi menjadi lembik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.